SINGAPURA akan terus memainkan peranan memperkukuh rangka kerja antarabangsa bagi keselamatan nuklear, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Ini akan dilakukan republik ini dengan menyertai Konvensyen Perlindungan Fizikal Bahan Nuklear (CPPNM) dan menyatakan iltizam menangani penularan dan mencegah penyeludupan senjata pemusnah raya (WMD) serta kaedah pengirimannya.