Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

S'pura berisiko hadapi gelombang panas, lebih banyak penularan denggi sedang perubahan iklim memburukkan lagi masalah kesihatan: Laporan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura berisiko hadapi gelombang panas, lebih banyak penularan denggi sedang perubahan iklim memburukkan lagi masalah kesihatan: Laporan

Oct 21, 2021 | 07:49 PM

MASALAH kesihatan yang disebabkan oleh perubahan iklim, seperti keletihan akibat cuaca panas dan penyakit bawaan nyamuk, akan terus bertambah buruk kecuali jika negara-negara melakukan lebih banyak untuk mengurangkan pelepasan yang memanaskan planet, kata sebuah kumpulan penyelidik global.

Pada 2020, warga emas berusia lebih 65 tahun secara kolektif terjejas oleh 3.1 bilion lebih banyak hari dengan pendedahan kepada gelombang panas berbanding angka purata antara 1986 dengan 2005, menurut laporan keenam jurnal ulung Lancet mengenai hubungan antara kesihatan dengan iklim itu.

Lebih 90 penyelidik, termasuk dua dari Singapura, dari pelbagai institusi dan agensi  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyumbang kepada laporan Lancet Countdown baru itu.

Mereka menjejak 44 petunjuk kesan kesihatan yang secara langsung terkait dengan perubahan iklim, daripada kematian akibat kejadian cuaca yang melampau hingga kekhuatiran terhadap ketersediaan makanan.

Salah seorang saintis Singapura, Profesor Madya Jason Lee dari Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS), menyumbang kepada petunjuk baru yang menilai hubungan antara suhu panas dengan senaman.

Beliau dan pasukannya mendapati bahawa dalam beberapa dekad kebelakangan di serata dunia, bilangan masa dan hari dengan suhu terik - menjadikannya tidak selamat untuk bersenam - telah meningkat.

"Apabila suhu panas menyekat peluang senaman kita, ini akan meningkatkan kos kesihatan kita," katanya.

Laporan itu juga menekankan bahawa trend kesihatan utama semakin teruk dan memburukkan lagi ketaksaksamaan kesihatan dan sosial sedia ada, terutama di negara lebih miskin.

Ia juga berkata negara-negara yang berada di peringkat tinggi atau sangat tinggi dalam indeks pembangunan manusia, seperti Singapura, paling rentan terhadap peningkatan penularan denggi dan suhu panas terik. Cuaca yang lebih panas membolehkan nyamuk Aedes membiak dengan lebih cepat.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3