SURUHANJAYA Tinggi Singapura di Kuala Lumpur telah membidas komentar 'tidak berasas mengenai masyarakat Melayu Singapura' yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia minggu lalu.
Komentar berjudul 'PPBM ulangi sejarah Semangat 46' yang ditulis oleh Ibn Hikam itu adalah berkenaan pendekatan yang diambil parti pembangkang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentang parti kerajaan.