Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura boleh belajar dari keharmonian agama di Habsyah: Masagos

Jan 20, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Singapura boleh belajar daripada banyak model penerimaan dan kehidupan bersama yang diamalkan beberapa negara antaranya termasuk Habsyah.



Menyatakan demikian selepas melawat negara itu, Encik Masagos berkata keharmonian agama dalam sejarah Habsyah boleh menjadi peringatan bagi warga Singapura tentang pentingnya kewargaan "sedang Singapura berusaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat lain dan menyumbang kepada kemanusiaan secara aktif."



Beliau berada di Habsyah selama tiga hari bermula Rabu lalu dan telah bertemu dengan pegawai kementerian, ketua agama dan cendekiawan dengan pengkhususan dalam sejarah serta masyarakat Habsyah.



Memberi konteks sejarah negara itu, Encik Masagos dalam kiriman Facebook berkata sewaktu tempoh awal sejarah Islam yang dirujuk sebagai episod Najashi atau Hijrah Pertama, 15 daripada sahabat Nabi Muhammad telah berhijrah ke Habsyah - dulunya dipanggil Abyssinia - untuk melepaskan diri daripada penindasan di Makkah.



Mereka tinggal di bawah perlindungan raja beragama Kristian, sebagai pelarian tetapi hidup berharmoni dengan penduduk Kristian.



Malah, mereka membalas kepercayaan yang diberikan kepada mereka dengan mempertahankan kerajaan itu secara sukarela dan tidak hanya berpuas hati hidup dalam kebajikan tetapi sebaliknya menyumbang kembali kepada kemakmurannya.



"Isi ilmu sewaktu tempoh Islam ini - masyarakat Muslim minoriti tinggal bersama masyarakat bukan Muslim majoriti - tidak didokumentasikan dengan baik, tetapi adalah permata yang patut dikongsi dengan seluruh dunia lain," ujarnya.



Encik Masagos berkata seperti Maghribi yang pernah dilawatinya, Habsyah juga komited menegakkan asas-asas prinsip Islam sambil hidup dalam masyarakat majmuk dan mendakapi dunia moden.



Malah, Habsyah mempunyai sejarah yang menegakkan keharmonian agama kerana ketiga-tiga kepercayaan Nabi Ibrahim mempunyai tapak-tapak awal di Habsyah.



"Islam datang ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah, kedua-duanya untuk melepaskan diri daripada penindasan," kata beliau.



Encik Masagos turut berkata beliau akan menghadiri Mesyuarat Menteri Haji tahunan di Arab Saudi.



"Kami akan berbincang mengenai visa haji serta persediaan dan persiapan untuk musim haji akan datang, supaya lebih ramai jemaah kita, lebih-lebih lagi mereka yang kali pertama boleh melaksanakan haji," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >