Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA RADIO 'THE BREAKFAST HUDDLE' MONEY FM 89.3

S'pura boleh jadi hab teknologi, inovasi bagi tangani perubahan iklim

Masagos juga bercakap tentang identiti berbeza masyarakat Melayu/Islam Singapura daripada Melayu lain di rantau ini
Nov 01, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh menjadi hab teknologi dan inovasi bagi usaha menangani perubahan iklim pada masa akan datang.



Menyatakan demikian, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Singapura juga ingin menghasilkan huraian untuk menangani perubahan iklim dalam bidang lain termasuk alam sekitar, pengurusan sisa dan penghasilan makanan.



Ini boleh dilakukan dengan meneruskan kejayaan agensi air negara PUB yang meletakkan Singapura di peta dunia menerusi huraian teknologi air yang digunakan.



Berkata demikian semasa satu wawancara program radio The Breakfast Huddle Money FM 89.3 semalam, Encik Masagos berkata Singapura akan mencerna air terpakai dan sisa makanan dalam loji yang sama untuk menghasilkan biogas menjelang 2025.



Kaedah baru itu boleh menghasilkan tiga kali lebih banyak biogas berbanding mencerna air terpakai dan sisa makanan itu secara berasingan.



Malah minggu lalu, projek yang dikenali sebagai Tuas Nexus itu mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dinamakan 'Projek Nexus Air-Tenaga Paling Inovatif' dalam Kongres Dunia Persatuan Penyahgaraman Antarabangsa (IDA) di Dubai.



Selain memproses makanan untuk menjana tenaga serta membuat kompos yang boleh dimanfaatkan, terdapat pelbagai langkah lain - baik jangka pendek mahupun panjang - yang boleh diambil bagi menangani isu perubahan iklim.



Sebagai contoh, isu perubahan iklim dan kemampanan telah membentuk semula cara pemerintah dikendali dan penggubalan dasar serta memerlukan golongan penghasil memikirkan semula cara mereka menghasilkan produk mereka.



Namun lebih penting lagi, Encik Masagos berkata orang ramai juga harus cuba mengubah cara hidup mereka seperti mengurangkan penggunaan beg dan botol plastik pakai buang serta menggunakan pakaian seberapa lama mungkin.



Semasa wawancara itu, Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, turut bercakap tentang kemajuan masyarakat Melayu/Islam di Singapura dan identiti mereka yang berbeza daripada Melayu lain di rantau ini dan masyarakat Islam lain di dunia, antaranya didorong nilai keperibadian.



Selain keperibadian, dua lagi nilai penting yang membentuk identiti unik masyarakat Melayu/Islam di sini ialah kemahiran dan kewarganegaraan.



Pada masa yang sama, masyarakat juga giat menyumbang kepada negara bersama warga Singapura lain.



"Beginilah cara kepelbagaian diamalkan di Singapura. Kita boleh mengamalkan kepelbagaian, boleh berbeza tetapi kita juga tahu apakah ruang yang kita kongsi bersama," ujar Encik Masagos.



Kehidupan harmoni ini bukan sahaja wujud dengan masyarakat lain, bahkan dalam kalangan masyarakat Islam juga, tambahnya.



Ini berbeza berbanding di sesetengah tempat lain di mana terdapat ketegangan dalam kalangan masyarakat Muslim itu akibat ideologi berbeza.



Oleh itu, apabila ditanya adakah masyarakat Melayu/Islam kini sedang maju ke arah yang betul, Encik Masagos berkata:



"Saya rasa, dengan rasa hormat, kita boleh bersetuju dalam hal ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >