SINGAPURA boleh menjadi tapak ujian bagi usaha menjalankan perbuatan subversif, dan maklumat palsu boleh digunakan bagi melaga-lagakan masyarakat antara satu sama lain, kata pakar keselamatan, Dr Shashi Jayakumar.
Ini kerana negara seperti Singapura, dengan masyarakat berbilang kaum, kaya dengan data, mahu menjadi Negara Bijak merupakan sasaran pihak yang mahu menggugat kesejahteraan negara, kata Dr Jayakumar daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.