Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

S'pura boleh timbangkan guna simpanan negara demi tangani kesan Covid-19: Presiden Halimah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura boleh timbangkan guna simpanan negara demi tangani kesan Covid-19: Presiden Halimah

Mar 12, 2020 | 05:30 AM

SINGAPURA perlu bertindak seberapa boleh untuk menyokong rakyat dan perniagaan dalam menangani cabaran penularan Covid-19, termasuk menimbangkan menggunakan simpanan negara yang lalu, jika perlu, kata Presiden Halimah Yacob.

"Jika kesihatan awam kita dipertaruhkan, dan kebajikan rakyat terjejas, kita perlu lakukan apa yang perlu," kata Puan Halimah.

"Pemerintah telah memberi perincian terkini kepada saya dan CPA (Majlis Penasihat Presiden) dan kami sedang memantau keadaan secara dekat."

Puan Halimah berkata demikian dalam satu pos di Facebook semalam, di mana beliau berkata penularan Covid-19 yang berlanjutan dan harga minyak yang menjunam akan menjejas teruk ekonomi dan penduduk dunia, termasuk Singapura.

Pos itu diterbitkan sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata pemerintah tidak mengecualikan pilihan menggunakan simpanan negara yang lalu, tetapi hanya boleh berbuat demikian dengan kebenaran Presiden.

Bercakap di dialog Belanjawan yang dianjurkan The Straits Times dan The Business Times kelmarin, Encik Heng berkata simpanan Singapura diperuntuk bagi masa sukar dan cabaran yang dihadapi pada masa ini bukan yang remeh.

"Justeru, kita perlu memikirkan lagi apa yang perlu kita lakukan," kata Encik Heng.

Bulan lalu, Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan Belanjawan 2020 yang memperuntukkan $800 juta bagi membantu agensi pemerintah menangani Covid-19 dan pakej $4 bilion untuk membantu pekerja dan syarikat menangani cabaran ekonomi jangka pendek.

Belanjawan Singapura menggunakan berbilang sumber pendapatan, termasuk cukai dan yuran, serta pulangan daripada simpanan yang dilaburkan Singapura, atau NIRC.

NIRC tahun lalu ialah $17 bilion.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3