Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Brunei meterai kerjasama bidang pertanian, teknologi agro

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



AGENSI Makanan Singapura (SFA) dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) Brunei telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dan teknologi agro semalam.



MOU itu telah ditandatangani oleh Encik Lim Kok Thai, Ketua Pegawai Eksekutif SFA, dan Cik Tutiaty Abdul Wahab, Setiausaha Tetap MPRT, menurut satu kenyataan SFA.



Acara itu disaksikan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu dan Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Brunei, Dato Seri Setia Haji Ali Apong.



MOU menegaskan komitmen Singapura dan Brunei Darussalam untuk memperdalam kolaborasi dalam bidang berkaitan pertanian dan teknologi pertanian, melalui pertukaran maklumat dan pengetahuan, serta peningkatan keupayaan dan pembangunan sumber, kata kenyataan itu lagi.



Bidang kolaborasi itu termasuk yang berpotensi dalam pertanian; perikanan dan akuakultur; produktiviti; dan menetapkan standard dan mutu.



Encik Lim berkata: "Singapura dan Brunei Darussalam telah lama saling berkongsi dan menjalin hubungan dua hala. MOU antara SFA dan MPRT adalah tanda bahawa kami berkongsi komitmen dalam memperkukuhkan keselamatan makanan bagi kedua-dua negara.



"SFA akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan rakan sejawat kami dari negara yang berfikiran sama dalam mengatur strategi pembekalan makanan yang mantap untuk Singapura dan mengikuti perkembangan makanan global dan perkembangan teknologi agro."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >