JANGKITAN Covid-19 baru harian di Singapura turun pada Khamis (10 Mac) dengan 16,165 kes, berbanding 17,051 pada Rabu, manakala 1,450 dimasukkan ke hospital, berbanding 1,513 pada Rabu.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 kekal di bawah satu pada 0.93, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Ini adalah hari kesembilan berturut-turut kadar jangkitan mingguan turun di bawah angka satu sejak 2 Mac.
Enam kematian dilaporkan pada Khamis, turun daripada 11 pada Rabu.
Terdapat 36 pesakit dalam unit jagaan rapi pada Khamis, dan 188 pesakit memerlukan sokongan oksigen.