Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

S'pura catat 383 kes baru Covid-19; jumlah terkini capai lebih 32,000 kes

May 26, 2020 | 03:22 PM

SINGAPURA merekodkan sejumlah 383 kes baharu jangkitan positif Covid-19 sepanjang 24 jam lalu.

Ini sekaligus menjadikan kes keseluruhan di sini mencapai 32,343 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan, sebahagian besar yang dijangkiti bagi kes-kes tersebut sehingga 12 tengah hari ini adalah pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.

Hanya terdapat seorang sahaja warga Singapura/Penduduk Tetap yang dijangkiti.

Jumlah yang rendah kali ini adalah disebabkan pengurangan ujian yang dilaksanakan.

Kata MOH, ia akan memberikan perincian kes dalam kenyataan malam ini.

MOH melaporkan lewat malam tadi, seramai  15,729 pesakit di Singapura telah pulih sepenuhnya dari jangkitan Covid-19.

Seramai 16,199 kes aktif masih kekal di hospital atau di kemudahan masyarakat.

Lapan kes kini dirawat di unit jagaan rapi. 

Sejumlah 23 kematian direkodkan akibat komplikasi Covid-19 di Singapura.

Sembilan lagi yang diuji positif telah meninggal dunia akibat punca lain. 

Di seluruh dunia, lebih 5.5 juta orang telah disahkan positif koronavirus.

Sekitar 345,000 pesakit sedunia telah terkorban. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian