Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dalam perbincangan untuk terus jadi tuan rumah lumba F1 Grand Prix

Nov 15, 2021 | 09:57 PM



SINGAPURA kini dalam perbincangan meneruskan peranan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Singapore Grand Prix tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran pada Isnin (15 November).



Perlumbaan malam tahun ini yang dibatalkan kerana pandemik Covid-19 adalah yang terakhir di bawah lanjutan empat tahun yang ditandatangani pada 2017.



Menjawab soalan media dalam satu sidang, Encik Iswaran berkata perbincangan dengan pihak pengurusan Formula 1 dan penganjur perlumbaan Singapore GP di dalam kontrak baru masih berlanjutan.



Encik Iswaran menjelaskan sektor pelancongan dan gaya hidup Singapura menerima tamparan hebat dek Covid-19 dengan banyak acara termasuk dua edisi Formula 1 di Singapura sebelum ini dibatalkan atau ditunda.



"Di sebalik segalanya, saya fikir kita semua mengiktiraf acara seperti Formula 1 ini menjana ganjaran ekonomi yang penting serta nilai penjenamaan global buat Singapura.



"Acara seperti ini menyegarkan kalendar acara Singapura, mereka membangun permintaan antarabangsa dan juga menyokong penjanaan kerja dan perniagaan," katanya.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Lembaga Pelancongan Singapura membiaya 60 peratus daripada jumlah kos perlumbaan sebanyak $135 juta setiap tahun dengan promoter perlumbaan Singapore GP melangsaikan baki kos perlumbaan tersebut.



Sejak acara pertama di litar jalanan Marina Bay pada 2008, perlumbaan hujung minggu menyumbang sekitar $130 juta setiap tahun dalam bentuk hasil pelancongan.



Sedang sekatan Covid-19 secara beransur-ansur dilonggar dan dengan sempadan Singapura dibuka semula, Encik Iswaran berkata sambungan semula acara antarabangsa secara bertahap-tahap seperti acara antarabangsa dalam perancangan dengan langkah perlindungan penting dipastikan.



Beliau menambah Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Gan Kim Yong telah memintanya menyelaras perbincangan dengan Formula 1 dan Singapore GP kerana keserasiannya dengan dua pihak ini dan isu yang terbabit.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >