Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

S'pura dan HK sahkan hubungan rapat dan panjang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura dan HK sahkan hubungan rapat dan panjang

SM Teo turut bincang majukan kerjasama bidang baru, termasuk dalam Kawasan Teluk Lebih Luas (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau
May 31, 2022 | 05:30 AM

MENTERI Kanan (SM) Encik Teo Chee Hean, kini berada di Hong Kong untuk satu lawatan kerja mulai kelmarin hingga esok.

Semalam, Encik Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, bertemu dengan Ketua Eksekutif (CE) Hong Kong, Cik Carrie Lam.

Encik Teo dan Cik Lam mengesahkan hubungan lama dan rapat antara Singapura dengan Hong Kong, menerusi pertukaran peringkat tinggi yang kerap, kerjasama ekonomi yang kukuh dan hubungan antara rakyat.

Encik Teo telah melahirkan penghargaannya kepada sokongan kuat Cik Lam bagi hubungan antara Singapura dengan Hong Kong sepanjang bertahun lamanya, yang telah mengekalkan momentum baik di sebalik pandemik Covid-19.

Encik Teo dan Cik Lam berbincang cara Singapura dan Hong Kong boleh meneruskan kerjasama yang mendalam, seperti dalam pembangunan bandar, pertukaran perkhidmatan awam, seni dan budaya, serta pendidikan.

Encik Teo melahirkan keyakinan bagi pembangunan dan kemakmuran berterusan Hong Kong di bawah rangka kerja "Satu Negara, Dua Sistem", di mana Hong Kong akan terus meraih manfaat daripada peluang ekonomi yang timbul menyusuli penyepaduan rapat dengan China sedang ia mengekalkan hubungan antarabangsa.

Encik Teo dan Cik Lam turut bertukar pandangan mengenai pembangunan serantau dan sejagat.

Encik Teo juga akan bertemu dengan mantan CE dan Naib Pengerusi Sidang Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), Encik Leung Chun-ying.

Encik Teo dan Encik Leung mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dengan Hong Kong dan bertukar pandangan tentang bagaimana Singapura dan Hong Kong boleh memajukan kerjasama dalam bidangbidang baru, termasuk dalam Kawasan Teluk Lebih Luas (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau.

Encik Teo akan bertemu CE Hong Kong yang dilantik, Encik John Lee.

Encik Teo diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam kunjungannya itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3