Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dan M'lysia setuju perkukuh hubungan pertahanan

Jun 03, 2018 | 01:00 PM



 



 



MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen dan rakan sejawatan dari Malaysia Mohamad Sabu bersetuju memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara kededua negara dalam satu pertemuan pada 3 Jun.



Pertemuan rasmi itu adalah yang pertama bagi kededua menteri, dengan Encik Mohamed mengadakan kunjungan sulung ke Singapura sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, untuk menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) hujung minggu ini.



Dr Ng dan Encik Mohamad menekankan hubungan pertahanan mesra dan berpanjangan antara Singapura dengan Malaysia, kata Menteri Pertahanan (Mindef) Singapura dalam kenyataannya.



Kededua menteri juga memberi perhatian kepada kemajuan baik dalam hubungan pertahanan dua hala, seperti penganjuran latihan baru antara angkatan tentera udara kededua negara, baru-baru ini.



Singapura dan Malaysia juga mempunyai kerjasama baik dalam beberapa kumpulan berbilang negara serantau, seperti Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus serta Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA), sesuatu perkara yang dibincangkan oleh kededua menteri.



Kenyataan Mindef itu juga berkata Dr Ng dan Encik Mohamad berbincang tentang cabaran yang dihadapi rantau ini, seperti keadaan di wilayah Rakhine di Myanmar.



Angkatan pertahanan kededua Singapura dan Malaysia berinteraksi secara tetap dan menerusi berbilang kegiatan, termasuk latihan dua hala, kunjungan dan pertukaran kakitangan, menghadiri kursus serta kegiatan berbilang negara.



 Hubungan tetap ini memperkukuh persefahaman antara kededua negara dan menguatkan hubungan profesional antara kakitangan pertahanan kededua negara, menurut Mindef. Ia juga menggariskan hubungan pertahanan mesra yang berterusan sejak dulu lagi antara kededua negara.



Encik Mohamad berada di Singapura dari Jumaat (1 Jun) hingga Ahad (3 Jun) untuk menghadiri SLD.



Sebelum bertemu Dr Ng, Encik Mohamad telah mengunjungi Perdana Menteri Lee Hsien Loon, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaran bagi Keselamatan Nasional Teo Chee Hean.



Beliau juga bertemu dengan Menteri Pertahanan FPDA di jamuan tidak rasmi yang dianjurkan oleh Dr Ng, menurut Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >