Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dan M'sia giat dialog isu air

Jul 14, 2016 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia akan mempergiat dialog antara kementerian bagi bertukar maklumat dan membincangkan isu berkaitan air di kededua negara.



Demikian dinyatakan dalam pertemuan antara Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, di mesyuarat antara kedua-dua kementerian mereka kelmarin.



Mesyuarat tersebut, yang julungjulung kalinya diadakan, menyaksikan kededua menteri berkongsi pendekatan terhadap bekalan dan pengurusan air.



Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook, Encik Masagos berkata:



"Kami berkongsi pendekatan terhadap bekalan dan pengurusan air serta cabaran yang bakal dihadapi kededua negara, termasuk perubahan iklim."



Mengenai isu kepentingan bersama, kededua menteri juga akur akan kemajuan yang dicatatkan di Empangan Sungai Johor dan peri pentingnya ia siap dibina dan beroperasi dengan segera.



Encik Masagos berkata mereka juga membincangkan skim tambahan oleh Malaysia bagi meningkatkan jumlah air dari Sungai Johor.



Awal daripada itu, Encik Masagos melancarkan Akademi Air Singapura (SgWA) yang pertama sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura 2016 (SIWW).



Akademi yang ditubuhkan agensi air negara PUB itu merupakan institusi yang akan menyediakan program bagi ahli air profesional termasuk jurutera air setempat dan luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >