REPUBLIK ini akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk memastikan aliran barang dan bekalan yang berterusan antara kedua-dua negara, sedang Malaysia mengumumkan langkah lebih ketat untuk mengawal wabak Covid-19, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, pada Sabtu (29 Mei).
Malaysia telah mengumumkan pada Jumaat bahawa ia akan melaksanakan kawalan sekatan menyeluruh di seluruh negara bagi semua sektor sosial dan ekonomi dari Selasa hingga 14 Jun untuk mengekang penularan Covid-19 di negara itu.
Encik Gan berkata rangkaian pasar raya utama di Singapura telah secara aktif memantau keadaan secara global dan serantau sejak tahun lalu.
“Sekiranya perlu, mereka akan bertindak pantas untuk membangunkan bekalan untuk menambah stok makanan dan bekalan keperluan kita,” ujarnya.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan mengatakan dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu bahawa Encik Gan membuat komen itu semasa lawatan ke Pusat Pengagihan Benoi NTUC FairPrice dan gudang sejuk di Supply Chain City YCH.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
S'pura dan M'sia pastikan aliran barang dan perkhidmatan berterusan: Gan Kim Yong
May 29, 2021 | 08:33 PM