Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

S'pura dan negara Eropah setuju perkukuh usaha tindakan iklim sedunia

Menjelang persidangan penting tentang tindakan ke atas perubahan iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Poland akhir tahun ini, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengunjungi negara itu dan juga Belgium, antara lain bagi menekankan peri pentingnya kerjasama antara negara dalam usaha ini dan untuk melihat sendiri usaha negara-negara itu memerangi perubahan iklim.
Apr 22, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA dan beberapa negara Eropah bersetuju bahawa usaha tindakan iklim sedunia perlu terus diperkukuh, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Kami bersetuju tentang keperluan menggerakkan momentum bagi tindakan iklim sedunia dan juga memutuskan sekumpulan undang-undang untuk melaksanakan Perjanjian Paris di COP-24 (persidangan rangka kerja Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perubahan iklim) Disember ini," ujar Encik Masagos, menulis di Facebooknya.



Encik Masagos baru sahaja pulang ke Singapura daripada kunjungan ke Kesatuan Eropah (EU), Beligum dan Poland dengan tujuan memperkukuh kerjasama bagi tindakan iklim.



Menurut Encik Masagos, EU dan Singapura merupakan rakan kongsi baik.



"Kami mempunyai agenda baik dengan mereka (EU) berkenaan sekitaran, ekonomi bulat (sumber digunakan dengan lebih berkesan), dasar pengangkutan, plastik, air dan pengurusan sampah," ujarnya.



Berkongsi pengalamannya di Belgium, beliau berkata beliau telah mengunjungi pusat mengitar semula sampah UMICORE di Antwerp.



"Mengitar semula sampah secara berkesan adalah kunci kejayaan ekonomi bulat. Mengubah sampah menjadi sumber membenarkan perlombongan kota dilakukan, dan selanjutnya membolehkan logam, iaitu sumber berharga, dikutip dan digunakan semula, daripada dibuang begitu sahaja," ujar Encik Masagos, yang akur bahawa Singapura masih perlu menimba pengetahuan dan bekerjasama dengan negara lain dalam usaha ini.



Di Warsaw, Poland, Encik Masagos mengunjungi pusat pembekalan air The Warsaw Filters, yang membekalkan air bersih ke kota itu sejak 1886.



"Pengurusan air adalah cabaran yang rumit, cabaran ini menjadi lebih sukar akibat kesan perubahan iklim, suatu cabaran yang dihadapi beberapa kota pada masa ini," ujarnya.



"Kita perlu menghargai setiap titisan air yang kita miliki di Singapura," ujarnya.



Isnin lalu, beliau bertemu dengan Pesuruhjaya EU bagi Tindakan Iklim, Encil Miguel Arias Canete.



Menulis di Facebooknya, Encik Masagos berkata kededua pemimpin itu mengadakan perbincangan yang berfaedah berkenaan cara EU dan Singapura serta EU dan Asean boleh mempertingkat kerjasama dalam usaha tindakan iklim.



Dalam pada itu, selain memenuhi agenda perubahan iklim semasa kunjungannya ke Eropah minggu lalu, Encik Masagos turut meluangkan masa mengunjungi beberapa tokoh dan tempat yang berkepentingan bagi Singapura.



Beliau turut bertemu Setiausaha Negara bagi Perdagangan Asing Belgium, Encik Pieter De Crem, di Istana Egmont.



Encik Masagos juga mengunjungi Pelabuhan Antwerp, iaitu operasi Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) terbesar di luar Singapura.



Menurutnya lagi, hubungan perdagangan Singapura dengan rantau ini tumbuh secara mantap dan ada pelbagai peluang bagi perniagaan yang mewakili kededua belah pihak.




PERJANJIAN PARIS



Sejumlah 195 negara bersetuju memerangi perubahan iklim pada 12 Disember 2015



Antara lain, ia menekankan kerjasama antara negara bagi membangun dan melaksanakan program untuk mengehadkan kenaikan suhu dunia kepada 1.5 darjah Celsius.



Matlamat sejagat ini tidak mengikat sebarang negara dengan undang-undang, tetapi setiap negara perlu memberi sumbangan secara sukarela.



Singapura menyertai perjanjian ini secara rasmi pada 21 September 2016.



Di bawah perjanjian ini, Singapura menetapkan matlamat untuk:



1. mengurangkan pengeluaran asap sejumlah 36 peratus kadar 2005, menjelang 2030,



2. menstabilkan pengeluaran asap menjelang 2030,



3. mulai 2019, pemerintah akan mengenakan cukai karbon - $5 bagi setiap tan gas rumah hijau yang dikeluarkan - yang bertujuan mengurangkan pengeluaran gas pencemar udara itu.



Cukai yang dikenakan akan disemak menjelang 2023, dan pemerintah merancang akan menaikkannya kepada kadar antara $10 dengan $15 bagi setiap tan pengeluaran menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >