Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

S'pura di tangga keempat negara paling rendah amalan rasuah di dunia: Transparency International

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura di tangga keempat negara paling rendah amalan rasuah di dunia: Transparency International

Jan 25, 2022 | 05:05 PM

SINGAPURA muncul di kedudukan tinggi, dalam kalangan negara yang paling kurang terlibat dengan rasuah, dedah hasil kajian 180 negara dan kawasan yang dijalankan gerakan antirasuah global, Transparency International, yang dikeluarkan pada Selasa (25 Januari).

Republik ini berkongsi kedudukan bersama Sweden dan Norway serta meraih 85 mata di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), skor yang sama ia terima tahun sebelumnya.

Ia berada di tangga keempat selepas Denmark, Finland dan New Zealand, yang keseluruhannya mempunyai 88 mata, dan berada di tangga teratas di Asia.

Buat kali pertama, indeks tahun ini menawarkan "paparan menyeluruh sedekad kes rasuah, sambil mendedahkan negara mana yang sudah memperbaiki keadaannya, menurun atau terus mendatar sepanjang sedekad lalu", jelas Transparency International dalam kenyataannya.

Ia akur bahawa tahap kedudukan rasuah kekal terhenti serata dunia, dengan 86 peratus negara membuat kemajuan kecil hingga tiada kemajuan sejak 10 tahun lalu.

"Transparency International mendapati negara yang melanggar kebebasan sivil secara konsisten mencapai skor lebih rendah pada CPI.

"Sikap berpuas hati dalam melawan rasuah  memburukkan penyalahgunaan hak manusia dan merosakkan demokrasi, menyebabkan lingkar yang kejam.

"Memandangkan hak dan kebebasan terhakis dan demokrasi merosot, autoritarianisme mengambil-alih, malahan menyumbang pada tahap rasuah lebih tinggi," kata pertubuhan bukan pemerintah (NGO) itu. 

CPI ini menyusun 180 negara dan kawasan mengikut tahap takrifan rasuah sektor awam pada skala 0 (sangat korup) hingga 100 (sangat bersih).

Dalam analisa 10 tahunnya, Transparency International mendapati daripada sejumlah 23 negara yang skor CPI-nya merosot secara ketara sejak 2012, 19 negara turut merosot pada skor kebebasan sivil.

Transparency International juga mendapati ada kaitan antara Covid-19 dengan rasuah, sambil menambah pemerintah Asia memberi respons pada pandemik dengan mengeluarkan beberapa rancangan pemulihan ekonomi terbesar dunia.

"Namun, respons berskala besar sebegini, jika dikendalikan tanpa pemeriksaan dan imbangan yang secukupnya hanya akan membawa pada amalan rasuah.

"Perbuatan salah dalam pemerolehan darurat membawa pada inflasi harga, pencurian bekalan perubatan dan penjualan perubatan serta bahan palsu. Ini menyebabkan ramai warga negara lebih terdedah pada Covid-19 - dan hampir mengorbankan nyawa tentunya," katanya.

Singapura diletakkan dalam kalangan 10 negara paling kurang terlibat dengan rasuah buat lebih 10 tahun dan tinjauan 2020 oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menunjukkan bahawa 94 peratus daripada orang awam melihat usaha kawalan rasuah di Singapura sebagai berkesan.

CPIB yang menyambut ulang tahun ke-70 tahun ini, berkata dalam kenyataannya bahawa di sebalik cabaran ekoran pandemik Covid-19, situasi rasuah di Singapura kekal utuh dalam kawalan.

Ia menambah selain CPI yang dikeluarkan Transparency International, Rundingan Risiko Politik dan Ekonomi, telah meletakkan Singapura sebagai negara paling kurang amalan rasuah dalam Laporan Rasuah Di Asia 2021 yang dihasilkan, satu kedudukan yang dipegang Singapura sejak 1995.

"Kelakonan Singapura tentang Indeks Persepsi Rasuah Transparency International dan indeks antarabangsa lain adalah hasil keinginan politik kukuh untuk menentang rasuah serta sikap berjaga-jaga yang tetap dan semangat gigih tidak goyah oleh sektor awam dan orang awam untuk mengekang rasuah," kata pengarah CPIB, Encik Denis Tang.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3