Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura di tempat pertama senarai 17 bandar dengan kepadatan kehijauan tertinggi

Feb 22, 2017 | 10:48 AM



Singapura merupakan bandar dengan kepadatan kehijauan paling tinggi berdasarkan senarai 17 bandar, menurut laman web interaktif yang mengukur liputan kanopi kehijauan.



Singapura merupakan satu-satunya bandar Asia dalam senarai itu. Antara bandar lain ialah Sydney, Vancouver dan Sacramento.



Senarai itu dilancarkan pada Disember tahun lepas oleh Treepedia menggunakan data Google Street View untuk mengukur pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di permukaan tanah di bandar-bandar seluruh dunia - membentuk apa yang dipanggil sebagai Indeks Pemandangan Hijau (GVI).



Indeks itu membentangkan skala 0 hingga 100 dan menunjukkan peratusan liputan kanopi lokasi tertentu.



Singapura mempunyai GVI 29.3 peratus, diikuti Sydney dan Vancouver, yang terikat di tempat kedua dengan 25.9 peratus.



Sacramento di tempat ketiga dengan GVI 23.6 peratus.



Bermula dengan 10 bandar, Treepedia merupakan kerjasama antara Institut Teknologi Massachusetts (MIT) Senseable City Lab dan Majlis Agenda Global Forum Ekonomi Dunia mengenai Bandar Masa Depan dan Shapers Community Global.



Tujuan Treepedia adalah untuk lebih melibatkan rakyat dalam perancangan pokok bandar.



"Sedang banyak bandar mengalami suhu pemanasan, ribut lebih kerap, dan pencemaran udara berterusan, kesejahteraan pokok bandar kita menjadi lebih penting," kata Encik Carlo Ratti, pengarah City Lab Senseable, dalam satu kenyataan.



"Kami membentangkan di sini indeks yang digunakan untuk membandingkan bandar antara satu sama lain, menggalakkan pihak berkuasa tempatan dan masyarakat bertindak melindungi dan mempromosi kanopi kehijauan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >