Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

S’pura dijangka tidak alami kemelesetan pada 2023

Sep 07, 2023 | 10:57 PM



Singapura tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada 2023 meskipun ia berada dalam keadaan ekonomi lembap.

Namun, pertumbuhan pada 2024 belum lagi diketahui, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Berkata demikian semasa bertemu media Singapura di akhir Sidang Puncak Asean ke-43 di Jakarta, Indonesia, Encik Lee menyentuh tentang ekonomi Asean serta potensinya.

Membandingkan ramalan pertumbuhan 1 peratus bagi Singapura pada 2023 dengan pertumbuhan 4 peratus yang dijangkakan bagi Asean, Encik Lee berkata pertumbuhan ekonomi Singapura lebih perlahan kerana ia mengikut “kadar pertumbuhan ekonomi maju.”

Bagi Singapura “tahun yang baik” adalah apabila pertumbuhan ekonomi dicatatkan pada kadar 2.5 peratus, dan “tahun yang amat baik” akan mencatatkan pertumbuhan ekonomi sekitar 3 peratus. katanya.

“Jadi untuk kita, 1 peratus memang agak perlahan. Tetapi kita tidak mengalami kemelesetan ekonomi, dan kita perlu melihat bagaimana keadaan di Eropah, Amerika dan juga China.”

“Ekonomi kini tumbuh agak perlahan, namun tak rasa kita akan mengalami kemelesatan ekonomi tahun ini. Namun apa yang berlaku tahun depan, kita kurang pasti,” ujar beliau.

Encik Lee turut menambah ekonomi Asean jika dibandingkan dengan ekonomi dunia, agak “cerah”, memandangkan ekonomi dunia kurang rancak pada 2023.

Katanya, dalam Asean, terdapat pelbagai ekonomi sumber seperti gas semula jadi, minyak, dan mineral yang mampu membantu pertumbuhan ekonominya untuk jangka masa panjang.

“Ia juga mempunyai bahagian khidmat tradisional, seperti pelancongan, runcit dan sebagainya.

“Apa yang kita perlu lakukan adalah untuk mempertingkat keupayaan serta daya saing dan kerjasama kita, supaya dalam apa juga persekitaran, kita boleh melakukan yang terbaik untuk warga, dan ini yang ingin dilakukan Asean,” jelas Encik Lee.

Menteri Penyelaras bagi Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto sebelum itu berkata rantau Asean telah menunjukkan “prestasi positif” selama dekad lalu, dengan kadar pertumbuhan purata 4 hingga 5 peratus. 

Dalam memberi kesimpulan semasa bertemu media pada akhir sidang itu, Encik Lee berkata Asean telah mengemaskini agendanya untuk mempertingkat kerjasama. 

Beliau menekankan bahawa ini penting dalam membantu blok tersebut mengekalkan kerelevanannya berlatarbelakangkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. 

Mengulas lanjut mengenai kerelevanan Asean, Encik Lee berkata tanpa Asean, negara Asia Tenggara tidak akan mempunyai forum bersama pemimpin dunia.

“Forum ini cukup bernilai bagi kita. Apabila kita menyuarakan pandangan di peringkat antarabangsa, Asean boleh menyuarakan pendapatnya dengan lebih padu dan akan diberikan perhatian. Jika tidak, kita amat rugi dan kurang terlindung,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >