Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dikeluarkan daripada senarai negara EU patut longgar sekatan perjalanan

Nov 09, 2021 | 09:44 PM



WARGA Singapura mungkin berdepan dengan sekatan perjalanan lebih ketat setelah negara ini dikeluarkan daripada senarai negara-negara di mana anggota Persatuan Eropah (EU) patut longgarkan sekatan perjalanan.



Majlis EU mengumumkan pada Selasa (9 Nov) keputusan mengeluarkan Singapura dan Ukraine daripada senarai tersebut.



Singapura berada dalam senarai itu, yang disemak setiap dua minggu, apabila semakan sebelum ini dilakukan lewat bulan lalu, menurut The Straits Times.



Pengumuman tersebut membuka jalan bagi 27 negara di EU mengenakan semula sekatan sempadan bagi pengunjung dari Singapura, meskipun kesan serta merta daripada hal itu masih kurang jelas.



Dalam dua bulan lalu, Singapura mengumumkan Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dengan 10 negara di Eropah iaitu Denmark, Itali, Perancis, Jerman, Sepanyol, Switzerland, Belanda, Sweden, Finland dan Britain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >