Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dinama tempat paling sesuai buat Instagram

Destinasi disenarai menurut daya tarikan visual dan populariti mereka di media sosial
Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA kini dinamakan sebagai tempat paling 'Instagrammable', atau sesuai dimuat naik ke Instagram, di dunia pada 2022, kata laman pelancongan, Big 7 Travel, semalam.



Dalam artikelnya mengenai pengiraan 'hashtag', atau tanda pagar, tahunannya - yang memasuki tahun keempat - ia berkata terdapat banyak peluang untuk bergambar di bandar itu "dari Supertree Grove yang ikonik di Taman di Persisiran hingga ke kaleidoskop seni jalanan yang meriah melalui Haji Lane".



"Selain tempat tarikan yang sedia ada, memandangkan Singapura adalah salah satu hab seni Asia, terdapat pameran unik yang selalu diadakan untuk mengambil gambar yang menarik," tambahnya.



Menurut laporan The Straits Times, laman itu memilih pemenang menggunakan sistem pemarkahan yang menganalisa bilangan 'hashtag' setiap destinasi, sampel hasil tinjauan daripada 1.5 juta pembacanya, dan maklumat lanjut daripada pasukan editorial globalnya.



Destinasi-destinasi tersebut telah disenaraikan mengikut daya tarikan visual dan populariti mereka di media sosial.



Senarai penuh termasuk 50 destinasi.



Di tempat kedua ialah Boracay di Filipina, manakala Oahu, Hawaii, di tempat ketiga.



Tempat lain dalam senarai termasuk Paris, Istanbul di Turki dan Dublin di Ireland.



Di Singapura, Big 7 Travel menggalakkan pengembara untuk bersiar-siar melalui jalan-jalan di sepanjang Koon Seng Road di kawasan Joo Chiat, yang terkenal dengan rumah berwarna-warni, dan melawat bekas Rumah Tan Teng Niah untuk gambar yang menarik.



Tahun lalu, Jepun berada kedudukan pertama.



Pada 2019 dan 2020 pula Sydney mengambil kedudukan yang pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >