Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura diperuntuk 407 tempat haji tahun ini

Muis peruntuk kuota haji terhad ini kepada jemaah yang sepatutnya tunai ibadah haji pada tahun 2020
Apr 27, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 407 tempat telah diperuntukkan bagi jemaah Singapura untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini, iaitu kira-kira 45 peratus daripada kuota rasmi negara sebanyak 900 jemaah sebelum ini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan semalam.



Menyusuli penangguhan Haji 2020 dan 2021 bagi jemaah Singapura, Muis akan memperuntukkan kuota haji yang terhad itu kepada jemaah yang sepatutnya menunaikan ibadah haji pada tahun 2020 dan kini memenuhi syarat dan peraturan bagi Haji 2022.



Dalam pada itu, jemaah lain yang nama mereka dalam senarai Sistem Pendaftaran Haji akan secara automatik, mengikut giliran mereka berdasarkan senarai untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun-tahun mendatang.



Mengulas tentang pengumuman kuota tersebut, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melahirkan kesyukuran jemaah Singapura dapat menunaikan ibadah haji tahun ini selepas penangguhan sepanjang dua tahun lalu.



Namun beliau akur akan keprihatinan ramai yang inginkan lebih banyak tempat diperuntukkan kepada Singapura.



Merujuk kepada keadaan pandemik Covid-19 yang masih tidak menentu, Encik Masagos berkata:



"Dengan jumlah pemohon untuk menunaikan Haji semakin tinggi, ramai yang mengharapkan lebih banyak tempat diperuntukkan kepada Singapura. Malangnya, ancaman Covid-19 masih belum berakhir. Oleh itu, pihak berkuasa Arab Saudi telah menetapkan kuota yang lebih rendah bagi semua negara di dunia.



"Bagi mereka yang tidak mendapat tempat untuk menunaikan Haji tahun ini, saya harap anda tidak terlalu kecewa.''



Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi (KSA) mengumumkan sekitar sejuta jemaah akan dapat menunaikan ibadah haji tahun ini, yang turut merangkumi sekitar 850,000 jemaah antarabangsa.



Setiap negara diperuntukkan sekitar 45 peratus kuota rasmi prapandemik.



Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan beberapa peraturan baru bagi musim haji tahun ini termasuk hanya membenarkan mereka berumur 65 tahun ke bawah.



Menyingkap pertemuannya dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al Rabiah, baru-baru ini, Encik Masagos berkata beliau telah memberinya jaminan bahawa Kerajaan Arab Saudi akan menambah peruntukan kuota bagi jemaah antarabangsa apabila situasi Covid-19 semakin pulih.



"Pada masa yang sama, saya dan Muis akan terus berusaha untuk memohon kuota yang lebih besar daripada kuota rasmi kita bagi memenuhi hajat pemohon haji Singapura yang semakin bertambah. Dengan situasi pandemik semakin stabil dan sekatan perjalanan dilonggarkan secara beransur-ansur, saya juga berharap lebih banyak tempat disediakan untuk kita pada tahun-tahun mendatang, insya-Allah,'' tambahnya.



Muis juga telah berhubungan dengan jemaah yang terjejas akibat penangguhan pada Februari lalu untuk bertanyakan tentang keinginan mereka menunaikan haji tahun ini, status vaksinasi dan butiran peribadi terkini.



Ini merupakan sebahagian daripada usaha Muis untuk mempersiapkan jemaah awal, dan memastikan mereka kekal fleksibel serta bersedia daripada segi kewangan dan juga secara rohani, mental dan fizikal.



Mereka yang belum memberi jawapan kepada Muis perlu melakukannya menjelang Jumaat, 29 April ini.



Minggu depan, Muis akan mengumumkan pelantikan Ejen Perkhidmatan Am (GSA) dan pakej-pakej haji yang diluluskan, serta mengeluarkan surat tawaran kepada para jemaah yang berjaya diperuntukkan tempat tahun ini.




"Saya dan Muis akan terus berusaha untuk memohon kuota yang lebih besar daripada kuota rasmi kita bagi memenuhi hajat pemohon haji Singapura yang semakin bertambah. Dengan situasi pandemik semakin stabil dan sekatan perjalanan dilonggarkan secara beransur-ansur, saya juga berharap lebih banyak tempat akan disediakan untuk kita pada tahun-tahun mendatang, insya-Allah."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >