Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura gesa M'sia keluarkan kapal dari perairan dekat Tuas

Feb 10, 2019 | 01:41 PM



SINGAPURA hari ini (10 Feb) mengulangi gesaannya bagi Malaysia mengeluarkan kapalnya dari kawasan perairan negara ini dekat Tuas menyusuli kejadian pelanggaran antara kapal MV Pireas dengan kapal kerajaan Malaysia Polaris semalam.



Jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kehadiran kapal kerajaan Malaysia yang berterusan jelas menimbulkan ancaman keselamatan atas navigasi di kawasan itu.



"Seperti kami  katakan sebelum ini, Malaysia akan bertanggungjawab terhadap sebarang situasi yang tidak diingini yang berlaku akibat pengerahan berterusan kapalnya di kawasan ini," katanya.



Jurucakap itu menambah bahawa Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) sedang menyiasat kejadian itu.



Pelanggaran antara kapal Polaris dan Pireas yang berdaftar di Greece berlaku semalam pada 2.28 petang dalam had pelabuhan Singapura dekat Tuas, kata MPA dalam kenyataan sebelum ini.



Kapal Pireas sedang dalam perjalanan dari Singapura ke pelabuhan perhentian seterusnya di Tanjung Pelepas di Malaysia apabila kejadian berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >