SINGAPURA menggesa pihak berkuasa Vietnam memulihkan segera keadaan di taman perindustrian di wilayah Binh Duong kendalian Sembcorp selepas satu gelombang bantahan anti-China kelmarin menyebabkan kerosakan meluas ke atas kemudahan syarikat milik asing.
"Singapura melihat isu ini dengan serius memandangkan kerjasama ekonomi rapat antara kami dengan Vietnam. Kedutaan Singapura di Hanoi dan Konsulat Umum di Bandar Ho Chi Minh telah secara berasingan meminta pihak berkuasa relevan Vietnam memulihkan keadaan dengan segera," kata seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA).