Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura hadapi 'risiko sederhana' dilanda jerebu tahun ini

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan negara serantau menghadapi risiko sederhana dilanda jerebu yang teruk tahun ini, disebabkan kenaikan harga komoditi pertanian yang boleh mendorong peluasan ladang kelapa sawit di rantau ini, menurut satu badan penyelidikan setempat.



Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) berkata dalam laporan tahunannya mengenai jerebu bahawa terdapat risiko "sederhana" jerebu teruk yang merentas sempadan tahun ini.



Harga minyak sawit yang lebih tinggi boleh mendorong petani untuk meluaskan ladang mereka dengan memusnahkan hutan, menurut laporan itu.



Jika pokok sedia ada ditebang menggunakan teknik tebas dan bakar, ini boleh mengakibatkan kebakaran yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan.



Selain itu, tanaman yang menguntungkan seperti kelapa sawit tidak tumbuh dengan baik di tanah yang berair.



Jika tanah gambut yang secara semula jadinya basah dikeringkan untuk menanam tanaman sedemikian, ini akan menjadikan keseluruhan kawasan itu lebih mudah terdedah kepada kebakaran.



Kawasan hutan yang mempunyai tanah gambut meliputi kawasan yang luas di negara seperti Indonesia.



Laporan SIIA menarik perhatian, penanda aras bagi harga bulanan niaga hadapan untuk minyak sawit mentah di Malaysia melonjak pada separuh pertama 2022, dan pada suatu ketika melebihi AS$1,940 ($2,690) satu tan.



Ini adalah kira-kira empat kali ganda berbanding harga sebelum pandemik, yang mencapai di bawah AS$500 pada sekitar pertengahan 2018.



Jualan benih kelapa sawit juga meningkat, sedang petani tahun lalu membeli jumlah yang dua kali ganda berbanding jumlah pada 2018 apabila harga minyak sawit berada pada paras terendah dalam sejarah.



Beberapa faktor boleh menyumbang kepada hal ini, kata laporan itu.



Sekatan semasa pandemik Covid-19 telah mengurangkan bekalan tanaman. Tetapi permintaan untuk minyak sawit kini mengatasi bekalan sedang peristiwa baru-baru ini mengurangkan bekalan minyak sayuran lain.



Pencerobohan Russia ke atas Ukraine, sebagai contoh, mengakibatkan penurunan dalam pengeluaran minyak bunga matahari.



Kejadian cuaca buruk juga telah mengurangkan hasil tuaian bagi tanaman seperti kacang soya dan jagung di Amerika Selatan.



Ini adalah kali pertama laporan tinjauan jerebu SIIA, kini dalam edisi keempatnya, telah mengenal pasti kuasa pasaran sebagai faktor penyumbang utama kepada jerebu di rantau ini.



Edisi sebelum ini menyebut cuaca sebagai faktor utama untuk meramal jerebu.



Laporan tahun lepas, sebagai contoh, mendapati terdapat risiko rendah jerebu yang teruk akibat kebakaran hutan, sebahagian besarnya disebabkan oleh fenomena iklim La Nina yang membawa cuaca basah ke rantau ini.



Tetapi laporan terbaru menyatakan walaupun jerebu rentas sempadan mungkin berlaku, ia mungkin tidak seteruk episod jerebu pada 2015 atau 2019.



Singapura mengalami krisis jerebu paling teruk dalam rekod pada 2015, disebabkan sebahagian besarnya oleh cuaca lebih kering berbanding biasa di Asia Tenggara disebabkan fenomena iklim El Nino.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >