Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERANG DI UKRAINE

S'pura hargai hubungan dengan Russia, tapi tidak boleh terima pencerobohan

Mar 06, 2022 | 05:30 AM



SERANGAN Russia ke atas Ukraine mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan melanggar undang-undang antarabangsa secara jelas dan mendalam, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Kementerian itu menekankan bagaimana kedaulatan, kebebasan politik dan kewibawaan wilayah semua negara mesti dihormati.



Ia menambah bahawa Singapura memandang serius sebarang pelanggaran terhadap prinsip teras itu kerana ia adalah asas kepada penakatan negara, yang merupakan sebuah negara kecil.



"Meskipun kita terus menghargai hubungan baik bersama Russia dan rakyat Russia, kita tidak boleh menerima pencerobohan pemerintah Russia terhadap kedaulatan dan kewibawaan wilayah negara berdaulat lain.



Bagi sebuah negara kecil seperti Singapura, ia melihat apa yang berlaku sesuatu yang bahaya.



"Ini sebabnya mengapa Singapura mengecam sekeras-kerasnya serangan tanpa provokasi Russia ke atas Ukraine," kata kementerian itu.



MFA semalam mengumumkan langkah-langkah sekatan Singapura terhadap Russia, termasuk melarang bank dan institusi kewangan lain di sini daripada melakukan urus niaga atau menubuhkan hubungan perniagaan bersama empat bank Russia.



Empat bank itu ialah VTB Bank Public Joint Stock Company, The Corporation Bank for Development and Foreign Economic Affairs Vnesheconombank, Promsvyazbank Public Joint Stock Company, dan Bank Rossiya.



MFA juga berkata penyedia khidmat token bayaran digital secara khususnya dilarang memudahkan urus niaga yang boleh membantu memintas langkah-langkah kewangan itu.



Bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain di sini juga tidak akan dibenarkan melakukan perniagaan dengan sesetengah sektor dalam wilayah terpisah Donetsk dan Luhansk.



Sektor tersebut ialah pengangkutan, telekomunikasi, tenaga dan prospeksi, dan penerokaan dan pengeluaran minyak, gas dan sumber mineral.



Urus niaga dilarang yang melibatkan Russia itu juga akan dikenakan terhadap mata wang kripto, dan MFA berkata sekatan Singapura meliputi semua urus niaga yang melibatkan mata wang kripto dan dilanjutkan kepada pembayaran dan penyelesaian urus niaga yang berkaitan dengan aset digital, seperti token tidak mudah alih (NFT).



Sekatan itu juga akan melibatkan larangan ke atas eksport sesetengah barangan ke Russia, termasuk elektronik, komputer dan barangan ketenteraan.



Larangan ke atas pemindahan barangan ke Russia akan melibatkan semua barang dalam Senarai Barangan Ketenteraan Singapura dan semua barang dalam kategori "Elektronik", "Komputer", dan "Telekomunikasi dan Keselamatan Maklumat" Senarai Barangan Dwi-Guna Perintah Barangan Strategik (Kawalan) 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >