Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura harus gerak pantas, tegas tangani Covid-19

Lawrence Wong terharu dengan kerja keras ramai warga melawan virus
Mar 26, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA kini perlu bergerak lebih pantas dan tegas sedang kes jangkitan koronavirus (Covid-19) mungkin meningkat, dengan lebih ramai warga di luar negara dijangka pulang, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong semalam.



Ini sedang ramai yang masih bersikap sambil lewa tentang Covid-19 itu yang sudah membunuh lebih 16,500 orang di serata dunia, termasuk dua di Singapura.



"Kita perlu bergerak lebih pantas - kita masih mendengar kisah orang pergi ke disko dan kelab malam, dan berkumpul bersama dalam kumpulan besar - keprihatinan utama kami ialah ini boleh menjadi 'super-spreader ' (penyebar utama), mencetuskan kelompok baru," katanya.



Dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam, Encik Wong tidak dapat menahan sebak semasa melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Singapura yang berusaha gigih menentang Covid-19.



"Kata-kata tidak mencukupi untuk melahirkan penghargaan kami kepada ramai rakyat Singapura yang bekerja keras melawan virus ini," kata Encik Wong yang ucapannya terhenti buat seketika sementara beliau cuba menahan sebak.



Beliau mempengerusikan Pasukan Bertindak Berbilang Menteri mengenai Covid-19, bersama Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, yang turut menyampaikan kenyataan menteri semalam.



Encik Gan pula berkata negara ini kini melihat 'gelombang kedua' kes diimport dari seluruh dunia, menyusuli gelombang pertama merangkumi kes dari China.



"Dalam minggu lalu sahaja, bilangan kes di Singapura telah meningkat dua kali ganda, daripada 266 kepada 558.



"Hampir 80 peratus daripada kes baru adalah yang diimport, dari semua negara selain China walaupun kami melihat sekitar 1,000 penduduk dan pemegang pas jangka panjang pulang dari China dalam minggu lalu," ujar Encik Gan.



Sumber utama kes Singapura yang diimport ialah Britain, Amerika Syarikat dan Indonesia.



Dalam ucapannya lagi, Encik Gan memberi jaminan Singapura mempunyai keupayaan penjagaan kesihatan secukupnya untuk merawat pesakit Covid-19 dan pesakit lain.



Kementerian Kesihatan (MOH) kini juga menggunakan keupayaan hospital privet dan kemudahan kuarantin awam bagi pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan stabil.



Ini agar sumber hospital yang kritikal digunakan bagi mereka yang sakit serius untuk mengurangkan kematian.



Singapura juga kini memperkukuh usaha mengesan kes awal dengan meluaskan pasukan yang menjejak kenalan rapat kes yang disahkan, daripada tiga pasukan kepada 20 pasukan hari ini, kata Encik Gan.



Dalam pada itu, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, semasa menjawab pertanyaan Dr Lee Bee Wah (GRC Nee Soon).



Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Mohamed Irshad Abbas Ali, pula bertanya tentang usaha mencegah penyebaran maklumat palsu berkaitan Covid-19.



Memberikan respons, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, berkata pemerintah dalam kes ekstrem telah menggunakan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma), di samping berusaha memberi maklumat tepat dengan segera kepada orang ramai.



Hari ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, dijangka membentangkan kenyataan menteri di Parlimen mengenai langkah tambahan membantu rakyat, peniaga dan keluarga mengharungi penularan Covid-19.




Usaha kukuh kesan awal kes Covid-19 bagi bendung penularan 



Mereka yang langgar perintah Notis Jangan Keluar Rumah akan dikenakan tindakan keras: Shanmugam



Sekitar 38,000 orang diberi Notis Jangan Keluar Rumah

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >