Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura harus jangka gelombang baru jangkitan Covid-19 bakal melanda kerana Omicron: Lawrence Wong

Dec 27, 2021 | 04:50 PM



SINGAPURA harus menjangkakan gelombang baru kes jangkitan Covid-19 dalam beberapa hari dan minggu mendatang, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



"Tidak dapat dielakkan bahawa Omicron akan menjangkiti masyarakat kita kerana ia wujud di merata negara lain," kata Encik Wong, yang mempengerusikan bersama pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19, dalam satu pos Facebook pada Isnin (27 Disember).



"Tetapi kita telah melakukan apa yang kita boleh dalam mempersiapkan Singapura bagi gelombang akan datang, dan kita mampu menanganinya bersama sebagai sebuah masyarakat yang satu hati," tulisnya.



Apabila varian Omicron muncul bulan lalu, pihak berkuasa pada awalnya mengambil pendekatan "lebih berjaga-jaga untuk mengekangnya" bagi memperlahankan penularannya dan mempelajari lebih lagi mengenainya, kata Encik Wong.



Didapati kemudian bahawa Omicron kemungkinan lebih mudah menjangkiti tetapi tidak seteruk varian Delta dengan vaksin serta suntikan penggalak yang ada kini berkesan dalam melindungi penyakit teruk yang berpunca daripada Omicron, tambah beliau.



Menurut Encik Wong lagi, pihak berkuasa kini sedang menyesuaikan diri dengan protokol bagi mengurus kes Omicron dengan cara yang sama bagi varian Delta.



Sebagai contoh, kes Omicron atau kontak rapat kini boleh pulih di bawah program pemulihan di rumah daripada diasingkan di kemudahan khusus.



"Kami kemudian akan mengutamakan sumber jagaan kesihatan kami bagi kes lebih teruk serta mereka yang mudah terdedah dan dijangkiti dengannya," katanya lagi.



Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad mengesahkan 546 kes Omicron yang dikenal pasti pada Sabtu, yang terdiri daripada 443 kes import dan 103 kes masyarakat.



Tiada daripada kes ini dianggap teruk dengan individu yang dijangkiti tidak memerlukan sokongan oksigen atau jagaan rapi, tambah MOH.



Encik Wong menggalakkan orang awam agar menjalani vaksinasi bagi mengelakkan sekatan pada pergerakan mereka termasuk tidak dapat datang ke pejabat.



MOH mengumumkan pada Ahad bahawa pekerja yang belum lengkap divaksin tidak akan dibenarkan kembali ke tempat kerja mulai 15 Januari tahun depan meskipun mempunyai ujian Covid-19 yang negatif.



Langkah ini bermakna untuk menyokong perlindungan Singapura dalam menentang gelombang besar kes Omicron dalam masyarakat dan memastikan tempat kerja yang ada selamat, kata MOH.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >