Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura harus terus tangani ketaksamaan walau sesukar mana: Masagos

Jan 27, 2021 | 04:56 PM



CABARAN masa kini dan mendatang Singapura adalah dalam memastikan mereka di lapisan bawah masyarakat terus berpeluang maju seiringan dengan golongan lain di negara ini, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pada Rabu (27 Januari).



Beliau berkata Singapura tidak imun pada kecenderungan masyarakat berpihak pada ketaksamaan lantas negara ini harus terus menanganinya walaupun sukar berbuat demikian.



Kesan daripada tidak melakukannya mungkin menakutkan, tambahnya, sambil memberi contoh dalam sesetengah masyarakat, di mana ketaksamaan dibiarkan tidak diperiksa lantas membawa pada keretakan dan luputnya perpaduan.



Keadaan ini kemudian membawa pada strata kelas bawahan yang tetap terbentuk kerana mereka yang berjaya tidak menyumbang semula kepada masyarakat.



Encik Masagos berucap di majlis penyampaian Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang diadakan secara maya menerusi wadah sidang video Zoom.



Kata-katanya itu disampaikan menjelang Belanjawan tahunan yang akan dibentangkan pada 16 Februari ini. Pengamatannya itu juga dibuat dalam keadaan langkah sokongan Covid-19 yang diberikan tahun lalu semakin berkurangan dalam keadaan ramai lagi penduduk memerlukan bantuan pemerintah.



"Kita membelanjakan $200 bilion dalam tempoh setahun sahaja, di mana $50 bilion datang daripada rizab kita yang disimpan sepanjang berdekad lamanya.



"Walaupun kita memiliki rizab ini untuk digunakan pada hari hujan, kita bergerak ke hadapan dengan mengetahui kita perlu membangun semula rizab yang telah digunakan buat generasi akan datang gunakan pada satu lagi tempoh waktu hujan. Kita berdepan dengan soalan bagaimana kita boleh mengekalkan perbelanjaan sosial kita, dalam berdepan dengan ekonomi sejagat yang gering dan semakin lemah," tambah Encik Masagos.



Beliau menambah usaha yang dilaburkan sukarelawan dan rakan kerjasama menunjukkan betapa penyayangnya masyarakat Singapura meskipun berdepan dengan krisis.



Kata Encik Masagos lagi:



"Sedang pandemik ini lebih menebalkan lagi daya perpaduan kita, seperti tempoh awal kemerdekaan, disiplin kita dalam berpegang pada prinsip zaman berzaman adalah kunci dalam membantu kita mengharungi krisis ini dan tempoh selepas itu.



"Lebih daripada sebelum ini, kita perlu memperbaharui kepadatan sosial kita bagi mewujudkan masyarakat yang mampu mempertingkatkan dirinya - yang akan terus menyediakan peluang buat semua warga Singapura."



Kepadatan sosial hari ini membawa pengertian pemerintah yang mewujudkan keadaan yang membantu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan sekitaran yang membolehkan warga Singapura berkembang, sedang keluarga lebih utuh membantu menghasilkan individu berdaya tahan yang dapat menjaga dan menyokong satu sama lain khususnya yang kurang berkemampuan, kata Encik Masagos. 



Sedang pendekatan ini menjadi sandaran Singapura pada tempoh 50 tahun pertama selepas kemerdekaan, negara ini berdepan dengan landskap sosial yang sangat berbeza bagi tempoh 50 tahun mendatang, dengan cabaran yang berbeza daripada apa yang dihadapi datuk moyang kita dahulu, tambahnya.



Satu cabaran adalah ketaksamaan - "Masalah zalim yang cuba dipupuskan banyak masyarakat, selama berabad lamanya, tetapi tidak berjaya," ujar Encik Masagos.



Menurutnya, ketaksamaan ini harus ditangani selamanya dengan membuka peluang buat setiap orang, sebaaimana sukar melakukannya. Ini dapat dijayakan dengan terus memperbaharui semangat kepadatan sosial Singapura.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >