S'pura, HK sedang muktamadkan butiran gelembung perjalanan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

S'pura, HK sedang muktamadkan butiran gelembung perjalanan

Apr 15, 2021 | 05:30 AM

BUTIRAN mengenai sebuah rancangan bagi menyambung semula semua jenis perjalanan antara Singapura dan Hong Kong tanpa kuarantin sedang dimuktamadkan, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.

Encik Ong berkata kededua kota itu sedang giat mengadakan perbincangan untuk memulakan gelembung perjalanan udara, yang sebelum ini dijadual bermula pada November tahun lalu.

"Kami sedang memuktamadkan butiran perjanjian yang disemak dan berharap dapat mengumumkan rancangan kami tidak lama lagi," kata Encik Ong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Gelembung perjalanan tertunggak itu, yang pertama bagi kededua kota, ditangguhkan lewat tahun lalu selepas bilangan kes Covid-19 di Hong Kong melonjak.

Namun, perbincangan untuk memulakan semula aturan itu telah mencapai kemajuan kerana keadaan koronavirus bertambah baik di Hong Kong sejak beberapa bulan lalu.

Discover Malay Home Based Businesses

Ketua Eksekutif Hong Kong, Cik Carrie Lam, kelmarin berkata beliau menjangka "satu petanda awal mengenai perjanjian antara dua pihak ini" berhubung gelembung perjalanan.

Cik Lam juga berkata pelawat dari Hong Kong ke Singapura perlu menjalani vaksinasi meskipun syarat ini tidak dikenakan oleh Singapura.

"Asas perbincangan dengan Singapura ialah orang yang meninggalkan Hong Kong dan memasuki Singapura perlu menjalani vaksinasi," kata Cik Lam.

"Kami ingin memberikan insentif untuk menggalak warga Hong Kong mendapatkan vaksinasi."

Mengikut perjanjian asal antara Singapura dan Hong Kong, penumpang harus diuji negatif bagi Covid-19 sebelum mereka menaiki pesawat. Singapura dan Hong Kong sebelum ini bersetuju aturan itu akan digantung jika purata kes Covid-19 yang tidak dapat dijejaki sumbernya di negara masing-masing melebihi lima.

Sepanjang minggu lalu, Hong Kong melaporkan dua atau tiga kes jangkitan dalam masyarakat sehari.

Kelmarin, Hong Kong melaporkan 13 kes baru, tiga daripadanya kes tempatan. Keseluruhannya, Hong Kong mencatat lebih 11,600 kes Covid-19, termasuk 207 kematian.

Sementara itu, Singapura melaporkan dua kes Covid-19 dalam masyarakat seminggu sejak dua minggu lalu. Ia mempunyai 60,719 hingga 12 tengah hari semalam. Daripada jumlah itu, 30 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, sementara 15 orang yang diuji positif meninggal akibat punca lain.


COVID-19 DI S'PURA - 14 APR

KES BARU: 27

DALAM MASYARAKAT: 1

IMPORT: 26

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 30

JUMLAH KESELURUHAN KES: 60,719

(Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 setempat di ww.BH.sg

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map