Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura ikrar sumbang $67,000 bantu Tonga susuli letusan gunung berapi dan tsunami

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah menulis surat kepada rakan sejawatannya di Tonga melahirkan rasa amat sedih sambil berikrar sumbangan negara ini sebanyak AS$50,000 ($67,000) untuk membantu Tonga dalam menangani bencana letusan gunung berapi dan tsunami.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam suratnya kepada Encik Fekitamoeloa Katoa 'Utoikamanu itu, Dr Balakrishnan berkata:



"Saya sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat letusan gunung berapi dan tsunami di Tonga.



"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan penduduk Tonga yang telah terjejas oleh bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini."



Dr Balakrishnan menambah bahawa Singapura akan memberi sumbangan melalui Palang Merah Singapura (SRC) untuk menyokong Tonga dalam usaha bantuan dan pemulihannya.



Menurut MFA, sumbangan itu akan ditambah kepada jumlah yang diikrarkan SRC sebanyak $50,000 kepada Palang Merah Tonga dan sebagai modal awal dalam usaha pengumpulan dana awam oleh SRC.



"Singapura berdiri bersama Tonga dalam masa sukar ini.



"Saya yakin rakyat Tonga akan mengatasi bencana ini dengan kekuatan dan ketabahan," ujar Dr Balakrishnan.



Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletus dengan letupan kuat pada 15 Januari lalu, mencetuskan tsunami yang memusnahkan kampung, pusat peranginan dan banyak bangunan lain serta memusnahkan sistem perhubungan negara yang mempunyai kira-kira 105,000 penduduk itu.



Abu daripada letusan itu pula telah menyelubungi kepulauan itu dan merosakkan banyak sumber air minumannya.



Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Stephane Dujarric, sebelum ini berkata Tonga telah meminta bantuan segera dan agensi itu sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa.



Banyak negara dunia telah menyahut seruan Tonga dan PBB untuk membantu negara itu ekoran dwibencana letusan gunung berapi dan tsunami itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >