MENTERI Ehwal Luar India, Dr S Jaishankar, menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana pada Jumaat (19 November).
Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), beliau melawat Singapura antara 16 hingga 20 November bagi menghadiri Forum Ekonomi Baru Bloomberg.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak memperkukuh lagi hubungan akrab antara Singapura dengan India yang lebih diutuhkan dengan kekerapan bertukar fikiran di peringkat tinggi serta jalinan ekonomi, pertahanan dan hubungan sesama manusia yang lebih kuat.
Kedua-dua pemimpin membincangkan cara memperkukuh kerjasama dua hala bagi tempoh pemulihan pasca Covid-19 serta bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan serantau dan antarabangsa.
.