Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, India tidak bincang urus gelembung perjalanan udara

Perbincangan hanya sentuh isu sambung semula penerbangan penumpang komersil
Jan 29, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan India sedang berbincang untuk menyambung semula penerbangan penumpang komersil yang dijadualkan secara berperingkat di antara kedua-dua negara.



Tetapi Singapura tidak berbincang tentang pengurusan gelembung perjalanan udara dengan India di mana perjalanan terluang boleh disambung semula, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).



Gelembung perjalanan udara seperti yang dipersetujui antara Singapura dengan Hong Kong, akan memberi pengunjung pengecualian khas daripada peraturan kuarantin.



Penyambungan semula penerbangan komersil tidak akan secara automatik diiringi dengan pengecualian sedemikian, kecuali dipersetujui oleh negara-negara.



Ia telah mengeluarkan pengesahan kelmarin dalam respon kepada pertanyaan mengenai komen yang dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi India ke Singapura, P Kumaran.



Encik Kumaran memberitahu agensi berita Amerika CNBC Isnin lalu, bahawa perbincangan sedang berlangsung untuk menyambung hubungan udara antara kedua-dua negara.



Beliau berkata demikian terhadap soalan mengenai kemungkinan gelembung perjalanan udara antara kedua-duanya.



Beliau menambah kedua-dua pihak telah menunjukkan "minat yang setara" untuk mencuba dan mempertingkat hubungan di antara kedua-dua negara.



Komen tersebut menimbulkan keprihatinan dalam kalangan rakyat Singapura dalam talian.



Beberapa orang mempersoal logik menubuhkan gelembung perjalanan udara dengan India, ekoran bilangan kes import yang bermula daripada negara tersebut.



Singapura hanya mempunyai satu perjanjian gelembung perjalanan udara sahaja sejauh ini.



Tetapi perjanjian itu hanya dengan Hong Kong yang telah ditunda pastinya selepas bilangan kes Covid-19 meningkat di sana.



Semalam, pengarah CAAS bagi pengangkutan udara Daniel Ng berkata: "Negara mungkin mempunyai pemahaman berbeza tentang apa itu gelembung perjalanan udara."



"Singapura tidak berbincang perjanjian gelembung perjalanan udara dengan India seperti mana yang difahami rakyat Singapura."



Beliau berkata perjalanan udara di antara Singapura dan India buat masa ini terhad kepada hanya penerbangan penghantaran balik khas yang dicarter (chartered) oleh pemerintah India



Ada minat daraipada kedua-dua negara untuk meneroka menyambung semula penerbangan penumpang komersil yang berjadual di antara kedua-dua pihak secara berperingkat, tambah Encik Ng.



"Pengunjung akan dikenakan sekatan perjalanan, langkah sempadan dan kesihatan seperti ujian dan notis duduk di rumah," katanya sambil berkata bahawa perbincangan masih diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >