Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Indo tingkat kerjasama ekonomi

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Indonesia bersetuju meningkatkan kerjasama dalam beberapa bidang termasuk taman perusahaan, khususnya bagi Taman Perusahaan Kendal dan Taman Digital Nongsa.



Kededua negara juga akan memperkukuhkan kerjasama dalam sektor ekonomi digital, latihan dan pembangunan keupayaan seperti program pemimpin serantau, kerjasama antara universiti dan pembangunan kemahiran teknikal.



Ini telah dipersetujui semasa Mesyuarat Peringkat Menteri Enam Kumpulan Kerja Ekonomi Dua Hala Singapura-Indonesia (6WG), yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Chan Chun Sing dan Menteri Penyelaras Ehwal Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution di Singapura, semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), 6WG adalah wadah penting bagi kerjasama ekonomi Singapura dan Indonesia.



Semasa pertemuan itu, Encik Chan dan Encik Darmin menyambut baik inisiatif ekonomi yang sedang dijalankan oleh kededua negara.



Antara inisiatif itu adalah yang berkaitan dengan Batam, Bintan, Karimun dan zon ekonomi khas lain, tenaga kerja serta pengangkutan.



Kenyataan itu menambah, Singapura dan Indonesia menekankan sekali lagi matlamat bersama dalam memastikan sekitaran mesra perniagaan dan merangsang dagangan dua hala, pelaburan, pelancongan dan kesambungan.



Sementara itu, kededua menteri menandatangani Laporan Bersama, yang menggariskan inisiatif ekonomi utama serta usaha yang bakal dijalankan pada masa depan.



Laporan itu akan diserahkan kepada pemimpin kededua negara, menjelang Rahat Pemimpin Singapura Indonesia bulan depan.



Perniagaan baru dari Singapura dan Indonesia juga kini dapat memanfaatkan rangkaian satu sama lain untuk berkembang, dengan pemeteraian dua perjanjian persefahaman memorandum (MOU) semasa pertemuan itu.



Dua MOU itu dimeterai oleh Masyarakat Bertindak Bagi Keusahawanan (ACE) dari Singapura dengan EV Hive, pengendali ruang kerja bersama terbesar Indonesia serta Skystar Ventures, inkubator teknologi dari Indonesia.



Tahun lalu, jumlah dagangan dua hala mencecah sebanyak $59.4 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >