Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAHAT PEMIMPIN SINGAPURA-INDONESIA

S'pura, Indonesia permudah kerjasama bidang tenaga boleh diperbaharui

PM Lee: MOU akan sokong pembangunan komersial, infrastruktur penghantaran serta perdagangan elektrik rentas sempadan antara kededua negara
Mar 18, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA mungkin dapat memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan hidrogen hijau dari Indonesia berikutan persetujuan yang ditandatangani kedua-dua negara untuk memudahkan kerjasama dalam bidang tersebut.



Kedua-dua negara akan mewujudkan rangka kerja untuk memacu pelaburan dalam membangunkan industri perkilangan tenaga boleh diperbaharui di Indonesia dan projek perdagangan elektrik rentas sempadan.



Pelan tersebut merupakan sebahagian Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama Tenaga Boleh Diperbaharui.



Ia ditandatangani oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, dan Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, pada Khamis sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia 2023 yang berlangsung di sini.



Berucap pada acara tersebut, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata MOU itu akan menyokong pengaturan komersial mengenai pembangunan keupayaan tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur penghantaran, yang merupakan tulang belakang sistem kuasa negara, dan perdagangan elektrik rentas sempadan.



"Ia akan mengukuhkan infrastruktur tenaga, peralihan tenaga dan keselamatan tenaga untuk Singapura dan Indonesia, dan juga menyokong inisiatif serantau seperti grid kuasa Asean," kata Encik Lee.



MOU itu akan membolehkan pembangunan industri dan keupayaan pembuatan tenaga boleh diperbaharui di Indonesia, termasuk fotovoltaik (PV) solar dan sistem penyimpanan tenaga bateri, yang menyimpan lebihan kuasa untuk digunakan kemudian.



Ini akan memanfaatkan pelaburan bagi projek eksport elektrik ke Singapura.



Projek-projek ini boleh membekalkan tenaga boleh diperbaharui ke Indonesia untuk kegunaan domestik dan untuk eksport tenaga, termasuk eksport elektrik hijau, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Usaha itu boleh menyokong pembangunan Koridor Hijau di Kepulauan Riau dan kawasan berpotensi lain di Indonesia, tambah MTI.



Kedua-dua negara akan menggalakkan pelaburan untuk menarik industri yang memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui ke dalam Koridor Hijau sedemikian di Indonesia, termasuk hab dan taman perindustrian serta bandar bijak.



Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Indonesia dan Singapura juga akan bekerjasama untuk memudahkan pengaturan komersial dan pembangunan rangka kerja dan infrastruktur penghantaran bagi membolehkan perdagangan elektrik rentas sempadan antara kedua-dua negara, yang juga boleh membantu menjana aliran masuk modal ke Indonesia, tambah kementerian itu.



Dengan perdagangan elektrik rentas sempadan dipermudah antara kedua-dua negara, ia boleh membantu Singapura mencapai matlamatnya untuk mengimport sehingga 4 gigawatt elektrik rendah karbon menjelang tahun 2035, yang akan membentuk sekitar 30 peratus daripada unjuran bekalan tenaga negara ini menjelang tahun itu, lapor The Straits Times.



MTI berkata kedua-dua pemerintah sedang mengkaji cadangan komersial yang mempunyai potensi memenuhi keperluan Indonesia dan Singapura.



Cadangan yang sesuai akan dipilih dan diumumkan dalam masa terdekat.



Kedua-dua pemerintah tetap terbuka menerima cadangan komersial baru yang boleh memenuhi keperluan bersama mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >