Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Indonesia teroka kerjasama

Jul 19, 2019 | 05:30 AM



JAKARTA: Singapura dan Indonesia sedang mencari peluang kerjasama lebih erat dalam pembangunan infrastruktur, pelaburan dan sumber daya manusia - tiga bidang yang disebut oleh Presiden Indonesia Joko Widodo sebagai penting untuk membantu negaranya mengharungi pergolakan ekonomi global.



Era gangguan digital dan peralihan dalam rantaian nilai global akan membawa cabaran - tetapi ia juga menawarkan peluang segar, kata Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan semalam, menurut The Straits Times.



Beliau bercakap dengan media Singapura semasa merumuskan lawatan kerja selama tiga hari ke Jakarta, termasuk pertemuan dengan rakan sejawatannya Retno Marsudi, dan mengunjungi Presiden Joko.



Kunjungan itu, katanya, memberinya peluang memahami keutamaan Presiden Joko dalam memulakan penggal kedua pada Oktober.



Dalam ucapan pertamanya sejak pemilihan semula, Encik Joko Ahad lalu menggariskan beberapa bidang fokus utama pada lima tahun ke depan untuk menjadikan negaranya lebih "produktif dan berdaya saing" di tengah-tengah perubahan pesat dan tidak menentu di seluruh dunia.



Dr Balakrishnan berkata: "Ini adalah peluang bagi kedua-dua Indonesia dan Singapura untuk bekerja lebih erat untuk menarik pelaburan, dan menarik rantaian bekalan global yang penting ini."



Beberapa kerjasama antara Singapura dan Indonesia dikaji semula dalam beberapa pertemuan Dr Balakrishnan di Jakarta.



Beliau berkata Taman Perindustrian Kendal di Semarang, sebuah usaha sama antara Sembcorp Development dan pemaju industri Indonesia, PT Jababeka, berjalan lancar.



Pelaburan lebih setengah bilion dolar Amerika telah mengalir ke taman perindustrian, pekerjaan diwujudkan, dan Singapura telah bekerja dengan Indonesia untuk menubuhkan sebuah politeknik di kawasan itu bagi menyediakan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan.



Pemimpin-pemimpin menjurus pada pembangunan infrastruktur, pelaburan dan pembangunan sumber manusia sebagai bidang utama untuk kerjasama selanjutnya, kata Dr Balakrishnan.



"Kedua-dua presiden dan menteri luar bersetuju ini adalah bidang bagi kita bekerjasama dan bekerja lebih erat bersama," katanya. "Oleh itu, kami sedang bersedia untuk Rahat Pemimpin bagi mengenal pasti bidang baru di mana kami boleh melakukan lebih banyak bersama," kata beliau.



Tarikh bagi Rahat Pemimpin akan datang, yang akan berlangsung di Singapura, belum ditetapkan. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >