Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura inginkan lingkaran sahabat, bukan perang dingin kuasa besar: Vivian

Jun 16, 2023 | 05:53 PM



WASHINGTON: Singapura mendambakan lingkaran sahabat di Asia Tenggara dan bukan garisan sempadan persis Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan China yang akan memaksa negara-negara rantau ini berpihak antara kededua negara itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.


Bercakap di Washington, Dr Vivian berkata: “Kami ingin beri kededua Amerika Syarikat dan China serta Eropah...taruhan sebenar dalam keamanan, kemakmuran dan pembangunan di Asia Tenggara.

“Dengan memberikan setiap pihak insentif untuk menghasilkan keamanan dan pembangunan di Asia Tenggara, kami berharap bahawa satu keseimbangan kuasa yang stabil akan dicapai,,” katanya dalam satu dialog selama sejam anjuran Majlis Perhubungan Asing, sebuah pusat pemikir yang berpangkalan di Washington.

Hujah Dr Balakrishnan itu, yang disampaikan dalam dialog dihadiri karyawan dasar asing, diutarakan sedang Amerika dengan China bersaing sengit dalam pelbagai aturan dunia. Ketegangan yang kian memuncak antara kededua kuasa besar itu telah menyukarkan mereka menguruskan hubungan.

Dr Balakrishnan, yang sedang mengadakan lawatan kerja ke Amerika hingga Selasa, berkata negara-negara sedang beralih daripada aturan antarabangsa di mana Amerika merupakan satu-satunya kuasa, kepada aturan berbilang kuasa, termasuk dengan kuasa yang kian meningkat seperti China dan India.

Beliau menambah negara-negara tidak seharusnya terjerat dan membuat ‘pilihan palsu binari’ antara kuasa yang bersaing.

“Setiap pihak sedang meneroka jalan untuk bersaing dan bekerjasama tanpa bertelagah. Institusi berbilang hala dan peraturan masih diperlukan dalam aturan dunia baru ini, tetapi ini perlu dikemas kini supaya selaras dengan masa dan keadaan,” kata beliau lagi.

“Perlu dielakkan adalah keadaan di mana rantaian bekalan dibahagi dua, dengan setiap kuasa besar menampilkan sistem mereka untuk memenuhi keperluan sendiri.”

Dr Balakrishnan berkata Kumpulan Tujuh (G7) baru-baru ini telah menggesa supaya negara-negara kurangkan kebergantungan pada ekonomi China, sementara moderator dialog, Encik David Sanger, dari The New York Times berkata pentadbiran Biden telah mengekang eksport cip ke China. Beijing melihat tindakan sedemikian sebagai satu cara membendung kebangkitannya.

“Saya faham keresahan kededua pihak,” kata Dr Balakrishnan.

Beliau berkata, keresahan yang disebabkan hasrat menjadi kurang terancam ini melahirkan keadaan yang memenuhi keresahan itu semata-mata... tapi berpecah dua tidak akan berkesan,” kata beliau lagi, yang menekankan pandangan negara-negara Asean keadaan sedemikian boleh membinasakan.

Dr Balakrishnan memulakan lawatannya dengan bertemu para pegawai kanan iklim di pentadbiran Biden pada Rabu, serta penggubal dasar Demokrat dan Republikan bagi pentadbiran Asia dan China.

Menyusuli itu, beliau turut bertemu Timbalan Setiausaha Negara, Cik Wendy Sherman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >