Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura-Israel kukuh kerjasama dalam berapa bidang termasuk inovasi dan teknologi

Mar 21, 2022 | 09:58 PM



SINGAPURA dan Israel mengukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang termasuk inovasi dan teknologi, serta perdagangan dan pelaburan hasil lawatan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan ke sana.



Dalam rangka lawatan itu, beliau bertemu Perdana Menteri  Giliran (Alternate) merangkap Menteri Luar, Encik Yair Lapid dan Menteri Inovasi, Sains dan Teknologi, Cik Orit Farkash-Hacohen, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (21 Mac).



Dalam pertemuannya itu, Dr Balakrishnan mengalu-alukan pengukuhan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang seperti inovasi dan teknologi, perdagangan dan pelaburan, penyelidikan dan pengembangan (R&D) dan pendidikan.



Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Perindustrian Singapura-Israel (SIIRD) juga akan menyambut ulang tahun ke-25 mereka tahun ini dan yayasan itu telah membiayai kira-kira 190 projek sejak penubuhannya pada 1997, menyediakan kira-kira AS$120 juta ($162.67 juta) kepada projek antara Singapura dengan Israel.



Dr Balakrishnan menekankan bahawa Singapura dan Israel harus memperdalam kerjasama dalam bidang baru seperti teknologi pertanian makanan, teknologi kesihatan, kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan sedang dunia pulih daripada pandemik Covid-19.



Oleh itu, Singapura akan menubuhkan kedutaan di Tel Aviv untuk menjadi pusat tumpuan dan menyokong syarikat Singapura yang ingin mengembangkan kerjasama mereka dengan bakal rakan kongsi di Israel.



Dr Balakrishnan dan Cik Farkash-Hacohen turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai kerjasama dalam AI antara Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dan Kementerian Inovasi, Sains dan Teknologi Israel untuk mempercepatkan kerjasama rentas sempadan dalam AI, dan menyokong pembangunan dan penggunaan AI untuk faedah kolektif.



Selain itu, Dr Balakrishnan turut membincangkan bersama Encik Lapid mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.



“Singapura berharap kedua-dua pihak Israel dan Palestin akan mencari jalan untuk melibatkan diri dalam rundingan langsung berdasarkan penyelesaian dua negara.

“Semua pihak harus mengelak daripada sebarang tindakan sehala (unilateral) yang boleh meningkatkan ketegangan dan menjejaskan prospek keamanan,” kata kenyataan itu.



Sebelum ke Israel, Dr Balakrishnan turut mengesahkan hubungan yang mesra antara Singapura dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam lawatannya ke Ramallah.



Di sana, beliau menemui Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh dan Menteri Ehwal Luar Riyad Al-Malki.



Singapura memberi sokongan kepada PA menerusi usaha pembangunan keupayaan dan menggalakkan lebih ramai pegawai Palestin untuk menyertai kursus latihan.



Ini disediakan di bawah Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) bernilai $10 juta Singapura untuk rakyat Palestin, kata MFA.



Untuk menyokong PA dalam usaha mengatasi pandemik Covid-19, Dr Balakrishnan juga menyampaikan pakej bantuan penjagaan kesihatan khas bernilai sekitar $750,000.



Ini termasuk 10,000 kit ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) Resolute yang dibangunkan Alliance BioMed yang berpangkalan di Singapura, serta 30,000 pelitup boleh diguna semula Air+ yang didermakan Yayasan Temasek, serta kursus penjagaan kesihatan selain biasiswa possiswazah untuk melatih penggubal dasar dan karyawan Palestin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >