Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura jadi negara pertama di Asia dapat vaksin pneumokokal baru Pfizer BERITA

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menjadi negara pertama di Asia yang mendapat vaksin pneumokokal baru Pfizer, yang mempunyai perlindungan lebih luas dan boleh menggantikan dua vaksin yang kini digunakan di sini.



Vaksin itu melindungi daripada strain bakteria lebih biasa yang bertanggungjawab bagi penyakit pneumokokal, yang menyebabkan pelbagai jangkitan termasuk radang paru-paru, meningitis, sinus dan jangkitan telinga tengah.



Ia boleh membawa kepada penyakit sangat teruk dan juga kematian.



Malah, pneumonia, atau keradangan paru-paru, adalah penyebab utama kematian ketiga di sini.



Vaksin itu bagaimanapun tidak melindungi daripada semua punca radang paru-paru, kerana ia boleh disebabkan oleh pelbagai sebab lain termasuk jenis bakteria, virus atau kulat lain.



Namun, mereka memberi perlindungan terhadap strain bakteria Streptococcus pneumoniae yang lebih biasa, dan itulah sebabnya pemerintah menggalakkan dan memberi subsidi vaksin pneumokokal buat kanak-kanak dan warga emas Singapura.



Bagi warga emas, saranannya adalah untuk mendapatkan vaksin pneumokokal konjugat PCV13 dahulu, diikuti vaksin pneumokokal polisakarida PPSV23 setahun kemudian.



Vaksin terbaru, PCV20, melindungi daripada tujuh lagi strain bakteria berbanding PCV13, juga dihasilkan firma Pfizer.



PPSV23 pula adalah oleh firma Merck Sharp & Dohme dan melindungi 23 jenis bakteria.



Profesor Julio Ramirez, ketua saintis penyelidikan di Institut Penyakit Berjangkit Norton di Norton Healthcare di Amerika Syarikat, yang merupakan penyiasat utama dalam kajian vaksin PCV13, dibawa ke sini oleh firma Pfizer bagi pelancaran PCV20 pada Sabtu.



Beliau berkata tidak seperti vaksin polisakarida, vaksin konjugat, selain daripada mendorong badan menghasilkan antibodi yang melindungi daripada jangkitan, juga mengajar sel T utama dan sel memori B, yang boleh meningkatkan tindak balas terhadap bakteria invasif walaupun selepas tahap antibodi telah berkurangan.



Kementerian Kesihatan (MOH) memberitahu The Straits Times bahawa walaupun vaksin baru itu telah diluluskan untuk digunakan di sini sejak November 2022, kajian semula sedang dijalankan untuk memutuskan "sama ada vaksin itu patut disyorkan untuk dimasukkan dalam jadual imunisasi negara".



Jika tidak, tiada subsidi diberikan untuk kegunaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >