Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

S'pura jana 18% lebih banyak bahan buangan tahun lalu, sedang kitar semula naik 3%

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura jana 18% lebih banyak bahan buangan tahun lalu, sedang kitar semula naik 3%

NEA: Usaha pihak berkepentingan, masyarakat cegah capai jumlah puncak
Sep 29, 2022 | 05:40 AM

TAHUN lalu, aktiviti ekonomi Singapura semakin meningkat, mengakibatkan lebih banyak sisa dihasilkan dan dikitar semula.

Kira-kira 6.94 juta ton bahan buangan dijana tahun lalu, 18 peratus lebih banyak daripada 2020.

Malah, kadar kitar semula Singapura meningkat 3 peratus, daripada 52 peratus pada 2020 kepada 55 peratus tahun lalu.

Ini menurut Laporan Kemampanan Bersepadu 2021/2022 oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). Ia menyediakan akaun prestasi korporat, kewangan dan kemampannya dari April 2021 hingga 31 Mac tahun ini.

Dalam laporan itu, Singapura akan menggunakan pendekatan ekonomi sekeliling demi menutup lingkaran sisa dan sumber.

Tiga sumber utama ialah sisa elektronik (e-sisa), sisa makanan dan sisa pembungkusan, termasuk plastik.

Pada Julai tahun lalu, NEA melaksana skim Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan khusus untuk pengurusan e-sisa yang memastikan pengendalian dan rawatan betul.

Syarikat ALBA E-Waste Smart Recycling Pte Ltd dilantik untuk menghantar semua e-sisa yang dikumpul ke pengitar semula e-sisa berlesen.

Ini bagi mendapatkan semula sumber berharga untuk digunakan semula dalam perbuatan produk baru.

NEA juga melancarkan Anugerah Valorisasi Sumber Makanan tahun lalu.

Sebanyak 11 syarikat diiktiraf bagi usaha mereka memacu kemampanan dan menutup gelung sumber makanan.

Mereka telah menunjukkan bagaimana sisa makanan boleh ditukar menjadi produk bernilai tinggi.

Demi menutup gelung sisa plastik pula, NEA sedang menjalankan kajian mengenai Pembangunan Kemudahan Pemulihan Plastik untuk mengeluarkan plastik daripada sisa untuk kitar semula kimia.

Selain itu, caj akan diadakan di pasar raya tahun depan untuk pengguna yang memerlukan beg plastik.

Bukan itu sahaja, skim pemulangan bekas minuman kosong diadakan untuk menggalak pengguna memulangkan bekas minuman agar ia boleh dikitar semula.

Deposit 10-20 sen dikenakan bagi minuman dalam botol atau tin tetapi pelanggan mendapat balik wang it apabila memulangkan botol atau tin kosong.

Agensi NEA juga aktif mempromosikan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai huraian pemulihan sumber mampan untuk aliran sisa utama.

Antaranya ialah e-sisa, plastik, makanan, sisa buangan dan sisa tidak boleh dibakar.

NEA telah memperolehi $80 juta bagi Inisiatif Pendanaan Gelung Penutupan Sumber FI untuk terus menyokong pembangunan inovasi dan keupayaan dalam mengubah sisa menjadi sumber.

Bersama agensi air negara PUB, lokasi bersama Loji Pemulihgunaan Air Tuas (Tuas WRP) akan meraih sinergi untuk mengoptimumkan pemulihan tenaga dan sumber, dan memanfaatkan potensi sinergi perhubungan antara air-tenaga-sisa dengan mengintegrasikan air terpakai dan proses rawatan sisa.

Ini bagi memenuhi keperluan pengurusan sisa pepejal pada jangka panjang. Ia adalah pembangunan pertama di dunia yang menyediakan kemudahan rawatan sisa dan air.

Pada Ogos tahun lalu, NEA mengumumkan Program Nota Bertempoh Sederhana Bagi Pelbagai Mata Wang bernilai $3 bilion dan Rangka Kerja Bon Hijau.

Hasil daripada pengeluaran Nota itu akan digunakan untuk membiayai projek pembangunan infrastruktur Tuas Nexus.

Ini adalah inisiatif untuk Singapura mengurangkan sisa ke tapak pelupusan per kapita sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3