Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Jepun miliki pasport paling berkuasa di dunia

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Jepun mempunyai pasport paling berkuasa di dunia, mengikut maklumat terkini indeks sejagat.



Hasil pengamatan indeks tersebut minggu lalu, pemegang pasport kedua-dua negara boleh mengembara tanpa permohonan awal visa ke 192 destinasi.



Ini adalah satu perubahan daripada April di mana Jepun mengatasi Singapura dalam hal pasport paling berkuasa dengan pemegang pasport Jepun berupaya mengembara ke 193 destinasi tanpa visa sementara pemegang pasport Singapura pula mempunyai akses serupa ke 192 destinasi.



Dalam dapatan terkini itu, Korea Selatan dan Jerman berada di tangga kedua dengan akses kepada 190 negara. Dua negara ini sama-sama berada di tangga ketiga pada April dengan akses ke 191 destinasi.



Finland, Italy, Luxembourg dan Sepanyol kini di tangga ketiga dengan akses ke 189 negara, sementara Austria dan Denmark di tangga keempat dengan keupayaan berkunjung tanpa visa ke 188 negara.



Indeks ini ditadbir firma penasihat kewarganegaraan dan kediaman sejagat yang berpangkalan di London, Henley & Partners dan dikemaskinikan sepanjang tahun.



Ia menyenaraikan mengikut kedudukan kuasa pasport setiap negara berdasarkan bilangan destinasi yang boleh dikunjungi pemegang pasport berkenaan tanpa permohonan awal visa.



Firma ini juga mendapati jurang kebebasan mengembara berada pada tahap paling luas sejak indeks ini dimulakan pada 2006, dengan pemilik pasport Singapura dan Jepun berupaya mengunjungi lagi 166 destinasi lebih banyak daripada penduduk Afghanistan yang boleh mengunjungi hanya 26 negara di serata dunia tanpa memerlukan visa awal.



Britain dan Amerika Syarikat pula mengalami kemerosotan dari segi daya kekuatan pasport mereka sejak berada di tangga teratas pada 2014.



Kedua-duanya berada di tangga ketujuh kini tetapi mempunyai skor 185 mata, turun daripada 187 mata pada suku pertama tahun ini.



Mesir berada di tangga ke-97 dengan warga negaranya mempunyai akses ke 51 negara tanpa visa awal sementara Kenya di tangga ke-77 dengan akses ke 72 destinasi tanpa visa.



Sementara itu, Singapura akan membenarkan pengembara yang divaksin berkunjung ke sembilan lagi negara dan pulang tanpa kuarantin, umum pihak berkuasa pada Sabtu lalu.



Mulai 19 Oktober pula, pengunjung yang lengkap divaksin dari Singapura berupaya terbang ke Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika.



Skim ini akan dilanjutkan ke Korea Selatan pada 15 November.



Ini adalah sebagai tambahan pada Brunei dan Jerman yang telah mendapatkan kelulusan Singapura bagi kembara bebas kuarantin buat mereka yang sudah lengkap divaksin.



Secara keseluruhannya, terdapat 11 negara yang mendapat kebenaran Singapura bagi perjalanan bebas kuarantin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >