Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Jepun usaha longgarkan perjalanan penting mulai September

Aug 13, 2020 | 11:29 PM



PERJALANAN penting bagi ekspatriat dan ahli perniagaan antara Singapura dengan Jepun dapat disambung bulan depan, sedang kedua-dua negara bersetuju untuk melonggarkan sekatan yang buat masa ini dilaksanakan untuk menangani penyebaran Covid-19.



Kedua-dua negara itu kini sedang dalam perbincangan untuk menubuhkan dua jalur yang akan membolehkan perjalanan rentas sempadan, kata satu kenyataan bersama oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Jepun, Encik Toshimitsu Motegi, pada Khamis (13 Ogos).


Jalur pertama, yang disebut "jalur penduduk", akan menyediakan kuota khas perjalanan rentas sempadan oleh pemegang pas kerja dengan perlindungan kesihatan awam yang diperlukan - termasuk notis jangan keluar rumah 14 hari sebaik tiba di dua negara itu.


Para menteri mengalu-alukan rundingan berterusan mengenai penubuhan jalur itu seawal September, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).


Jalur kedua adalah laluan hijau timbal balik - atau dikenali sebagai "jalur perniagaan" - di mana pengunjung perniagaan jangka pendek akan perlu mengikuti jadual perjalanan terkawal selama 14 hari pertama, dengan perlindungan kesihatan awam yang diperlukan.


Kedua-dua menteri itu setuju dengan perkara-perkara utama bagi jalur itu, dan menugaskan pegawai untuk memuktamadkan perjanjian tersebut menjelang awal September.


Ini akan menjadikan Singapura antara negara pertama untuk melakukan pertukaran pelancong perniagaan dengan Jepun.


Encik Motegi, yang berada di Singapura untuk lawatan rasmi dari 12 hingga 14 Ogos, menemui Dr Balakrishnan pada Khamis. Beliau juga menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana, kata MFA.


Encik Lee berkata Encik Motegi adalah pengunjung asing pertamanya sejak wabak itu menyebabkan sekatan masuk dan penutupan sempadan, dan mereka mengadakan perbincangan yang baik tentang bagaimana kedua-dua belah pihak dapat melakukan lebih banyak bersama.


Jepun adalah salah satu daripada beberapa negara yang Singapura menubuhkan "laluan hijau" untuk membolehkan perjalanan penting disambung, dengan langkah-langkah keselamatan dilaksanakan.


"Kami meneruskan dengan hati-hati, kerana Covid-19 masih menjadi ancaman. Tetapi ini akan menjadi langkah penting dalam memulihkan keterkaitan antara negara, dan menyesuaikan diri dengan Covid-19," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >