Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura kaji usul gelembung perjalanan

Hong Kong antara bandar pertimbang aturan, mahu mewajibkan vaksin Covid-19
Mar 31, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengusahakan aturan perjalanan tanpa memerlukan pelawat untuk menjalani kuarantin atau notis jangan keluar rumah, bersama beberapa negara dan kawasan yang telah berjaya mengawal pandemik Covid-19.



Seorang jurucakap MOT berkata semalam ini akan dilakukan menerusi pemantauan dan ujian, penjejakan kontak dan langkah jarak selamat, dengan vaksin juga dapat membantu untuk mengurangkan jangkitan.



Satu langkah pertama yang boleh dilakukan ialah usaha untuk saling mengiktiraf pensijilan vaksin di peringkat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, serta dua hala.



"Perbincangan ini akan mengambil masa, sedang kebanyakan tempat hanya mula proses vaksin dan mula mengkaji pensijilan.



"Kami akan memberi perkembangan lanjut pada masa yang sesuai apabila terdapat kemajuan ketara dengan rakan kerja negara atau rantau," ujar jurucakap MOT semalam.



Dilaporkan kelmarin, pemerintah Hong Kong mengusulkan agar penumpang perlu divaksin sebelum menaiki penerbangan bagi gelembung perjalanan antara Singapura-Hong Kong, yang membolehkan penduduk dua bandar itu untuk berkunjung tanpa melalui kuarantin.



Ini sedang pemerintah itu meneruskan perbincangan dengan Singapura mengenai aturan perjalanan tertunda itu, setelah jumlah kes jangkitan di Hong Kong telah merosot.



Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Edward Yau berkata penduduk Hong Kong yang ingin mengunjungi Singapura menerusi gelembung perjalanan itu harus melengkapkan dua dos vaksin dan menunggu sekurang-kurangnya 14 hari selepas suntikan kedua sebelum berangkat.



"Kami telah mengemukakan cadangan itu kepada pemerintah Singapura dan kami sedang menunggu respons, tetapi saya rasa sangat penting untuk pertama sekali memastikan kami bertindak sewajarnya di pihak kami - iaitu, sebelum orang ramai di Hong Kong melakukan perjalanan, mereka mesti terlebih dahulu diberi vaksin. Ini untuk perlindungan mereka sendiri," kata Encik Yau dalam satu taklimat media kelmarin.



Beliau berkata purata dalam tempoh tujuh hari di bandar itu bagi jangkitan yang tidak diketahui puncanya telah merosot kepada kurang lima - kriteria bagi perbincangan disambung semula antara kedua-dua pihak, lapor The Straits Times.



Kelmarin, Hong Kong mencatat lapan kes jangkitan baru, salah satunya kes yang dijangkiti setempat dan sumbernya tidak diketahui. Bakinya kes import.



Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan di Hong Kong kepada lebih 11,400 kes dan 205 kematian sejak virus itu menular.



"Sekiranya orang Hong Kong mahu mengunjungi negara lain dan jika kita memulakan pengaturan gelembung perjalanan dengan tempat lain, maka vaksinasi akan menjadi syarat. Saya percaya itu akan menjadi trend di seluruh dunia dalam jangka masa panjang," kata Encik Yau.



Walaupun beliau tidak menyatakan bila gelembung perjalanan Hong Kong-Singapura akan dimulakan kembali, Encik Yau berkata Hong Kong sedang berunding dengan 16 bidang kuasa mengenai pengaturan perjalanan bagi mereka yang diberi vaksin.



Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung dalam responsnya berkata Hong Kong telah dapat mengawal pandemik itu dan bahawa "ini adalah perkembangan yang sangat positif".



"Kami telah menerima cadangan daripada Hong Kong untuk membuka semula sempadan dengan selamat. Kami sedang mengkajinya dan tidak lama lagi akan memberi respons kepada Hong Kong," katanya.



Gelembung perjalanan dengan Singapura telah ditunda sebelum penerbangan pertama yang dijadualkan pada 22 November lalu apabila situasi Covid-19 di Hong Kong bertambah buruk, mencetuskan gelombang keempat virus itu yang berlangsung selama empat bulan - paling lama sejauh ini.



Di bawah perjanjian awal antara Singapura dengan Hong Kong sebelum ini, penumpang dalam penerbangan langsung itu perlu diuji sebelum berangkat dan tiba di setiap bandar.



Apabila ditanya mengenai pengiktirafan berlainan bagi vaksin, Encik Yau berkata bidang kuasa yang berlainan akan memiliki "piawaian mereka sendiri", tetapi pegawai Hong Kong "akan berunding dengan pihak kesihatan di kawasan masing-masing dan membincangkan perkara tentang pengiktirafan bersama".




"Perbincangan ini akan mengambil masa, sedang kebanyakan tempat hanya mula proses vaksin dan mula mengkaji pensijilan.

Kami akan memberi perkembangan lanjut pada masa yang sesuai apabila terdapat kemajuan ketara dengan rakan kerja negara atau rantau."

- Jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >