Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura kecewa anggota marin Indon menyamar sebagai Usman dan Harun

Mar 21, 2014 | 03:59 PM



SINGAPURA melahirkan rasa kecewa atas penampilan dua anggota marin yang menyamar sebagai pengebom MacDonald House, di sebuah acara pertahanan di Jakarta, Rabu lalu.


Dua anggota Kor Komando Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI AL) hadir lengkap berseragam dan dengan memakai tanda nama Usman dan Harun.


Ia sempena nama Osman Mohamed Ali dan Harun Said, yang dihukum gantung setelah didapati bersalah mengebom sebuah bangunan awam di sini pada 1965.


Kejadian ganas itu mengakibatkan tiga orang awam mati dan 33 yang lain cedera .


Indonesia merancang untuk menamakan kapal frigat baru KRI Usman Harun, sempena kedua-dua marin tersebut.


Pemerintah Singapura telah melahirkan rasa kesal atas penamaan kapal itu.


Mengulas tentang insiden terkini pula, MFA menerusi jurucakapnya berkata:


"Kami prihatin dan kecewa dengan perkembangan yang berlaku di pameran Dialog Pertahanan Antarabangsa Jakarta (JIDD)."


Selepas dimaklumkan tentang insiden itu, delegasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di JIDD, juga telah menarik diri dari pameran itu dan pulang ke Singapura.


MFA menambah pegawai Kedutaan Singapura di Jakarta juga telah melahirkan rasa kecewa kepada wakil-wakil Kementerian Luar Indonesia tentang insiden di pameran berkenaan di mana Singapura telah diundang sebagai tetamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >