Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura kecewa PBB klasifikasikan semula ganja sebagai dadah kurang berbahaya

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH Singapura telah menyatakan kekecewaannya terhadap langkah sebuah suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah kurang berbahaya.



Satu kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam berkata langkah tersebut boleh memberi tanggapan salah bahawa dadah itu sekarang kurang berbahaya daripada sebelum ini.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata:



"Ini boleh memberikan isyarat salah bahawa ganja tidak sebahaya seperti dulu. Ganja ialah dadah yang digunakan secara meluas di dunia hari ini. Ia amat berbahaya dan menyebabkan ketagihan yang kuat dan memberikan kesan teruk terhadap fungsi pernafasan dan kognitif seseorang."



Menambah, Profesor Faishal berkata Singapura perlu meneruskan usaha pencegahan menerusi pendidikan dan memperuntuk undang-undang yang ketat, selain usaha pemulihan, untuk memastikan keadaan dadah di sini terus terkawal.



Reaksi pemerintah itu diumumkan setelah Suruhanjaya PBB mengenai Dadah Narkotik mengundi kelmarin mengeluarkan dadah ganja untuk perubatan daripada kategori dadah paling berbahaya.



Sebanyak 53 negara anggota suruhanjaya itu mengundi menerima salah satu daripada enam saranan mengenai ganja dan bahan berkaitan ganja yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Kebergantungan Dadah.



Lima saranan lain ditolak.



Saranan yang diterima itu disokong 27 negara anggota, ditolak 25 anggota, dengan satu anggota tidak mengundi.



Dalam kenyataannya, MHA berkata: "Singapura kecewa terhadap keputusan ini. Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong saranannya, termasuk Saranan 5.1."



Penerimaan saranan itu bermakna ganja dan resin ganja tidak lagi disenaraikan bersama dadah paling berbahaya, seperti heroin, dalam Jadual IV di bawah Konvensyen Tunggal mengenai Dadah Narkotik tahun 1961, walaupun langkah-langkah kawalan antarabangsa untuk dadah itu tetap tidak berubah.



Jadual IV menyenaraikan bahan-bahan paling berbahaya yang amat menagihkan, boleh disalahgunakan dan yang jarang digunakan dalam bidang perubatan.



Konvensyen itu membolehkan negara-negara mengenakan syarat-syarat terhadap dadah tersebut, kecuali jumlah yang diperlukan untuk penyelidikan perubatan dan saintifik.



MHA berkata penerimaan Saranan 5.1 boleh memberi isyarat salah kepada masyarakat, termasuk orang muda.



Suruhanjaya itu badan utama PBB yang menggubal dasar berkaitan dadah. Singapura bukan anggota suruhanjaya yang mengundi tetapi terlibat dalam perbincangan yang diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >