Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Kemboja meterai MOU jalin kerjasama sektor tenaga

Oct 27, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Kemboja menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menjalin kerjasama dalam sektor tenaga semalam.



MOU tersebut ditandatangani oleh Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, dan Menteri bagi Lombong dan Tenaga Kemboja, Encik Suy Sem, di acara sampingan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (Siew).



Ia menandakan satu lagi detik penting dalam hubungan dua hala Singapura dan Kemboja, mengesahkan komitmen bersama kededua negara untuk menyokong dan memudahkan usaha peralihan tenaga bersih dan mengurangkan pengeluaran karbon secara serantau, menurut satu kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



"MOU itu akan membuka jalan bagi kerjasama lebih luas berkenaan perdagangan elektrik rentas sempadan, temasuk pembangunan dan pembiayaan tenaga boleh diperbaharui di Kemboja, pembangunan grid kuasa serantau dan sambungan grid rentas sempadan bagi perdagangan elektrik antara Kemboja dan Singapura, selain pembangunan rangka kerja untuk mengukur, melaporkan dan mengesahkan tenaga boleh diperharui," katanya.



Singapura akan memanfaatkan grid kuasa serantau untuk mengakses sumber tenaga lebih bersih melebihi sempadan negara ini, ujar MTI.



Grid kuasa serantau, menurut MTI, boleh membantu mempercepat pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui dan menggalak pertumbuhan ekonomi serta membawa jaminan tenaga lebih besar di rantau ini.



Sebagai sebahagian daripada peralihan tenaga Singapura, negara ini merancang mengimport hingga empat gigawatt (GW) elektrik rendah karbon menjelang 2035, kata MTI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >