S'pura kemuka pencalonan budaya penjaja dalam senarai Unesco
Pencalonan dikemukakan secara bersama oleh Lembaga Warisan Negara (NHB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Persekutuan Persatuan Pedagang-pedagang Singapura (FMAS)
Mar 29, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA telah secara rasmi mengemukakan pencalonan untuk mencatatkan budaya penjajanya dalam senarai Unesco kelmarin.
Pencalonan dalam Senarai Wakil Warisan Kebudayaan Kemanusiaan yang Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) itu termasuk surat, gambar dan video, sekali gus mencerminkan sokongan masyarakat terhadap usaha tersebut.