Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Kenya meterai 3 MOU termasuk bidang ICT, kredit karbon

May 18, 2023 | 09:15 PM



Hubungan dua hala antara Singapura dan Kenya telah diperkukuhkan lagi dengan pemeteraian perjanjian dalam tiga bidang – kredit karbon, teknologi perhubungan dan maklumat (ICT) serta pembangunan kemahiran.

Tiga perjanjian memorandum persefahaman (MOU) itu ditandatangani pada Khamis, dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Kenya, Dr William Samoei Ruto, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Encik Lee, yang mengadakan lawatan rasmi ke Kenya pada 17-19 Mei, telah disambut oleh Dr Ruto di bangunan negara, di Nairobi, Kenya, pada Khamis.

Bercakap dalam satu sidang media bersama berikutan majlis pemeteraian MOU itu, Encik Lee dan Dr Ruto mengesahkan lagi hubungan erat kededua negara yang sudah lama terjalin. 

Encik Lee melahirkan rasa gembira dengan persetujuan Kenya untuk meratifikasikan satu perjanjian pelaburan dua hala dan perjanjian bagi mengelakkan cukai berganda secepat mungkin. 

Ini kerana usaha sedemikian, kata Encik Lee, akan memberi isyarat positif kepada perniagaan dan memberi keyakinan berhubung dengan urus niaga rentas sempadan dan pelaburan. 

Kededua perjanjian itu ditandatangani oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, semasa melawat Kenya pada 2018.

Menurut Encik Lee, meskipun Kenya dan Singapura agak jauh dari segi geografi, tetapi kededua negara mempunyai pandangan serupa dan bersetuju tentang cabaran dihadapi penduduk seperti ketegangan geopolitik dan dasar perlindungan meningkat. 

“Kami bersetuju adalah penting untuk negara-negara terus berusaha membina hubungan dalam ekonomi digital, bekerjasama dalam bidang makanan, tenaga, keselamatan dan pembangunan mampan,” jelas Encik Lee.

Mengenai tiga MOU baru, Encik Lee menjelaskan kerjasama dalam ICT akan membolehkan kededua pihak bertukar-tukar amalan dan pengetahuan terbaik serta menggalak bakat, pembangunan dan inovasi serta mengukuhkan kerjasama strategik dalam keselamatan siber. 

MOU kedua berhubung kredit karbon pula akan menggalak kerjasama di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris. 

Menurut Encik Lee, MOU ketiga akan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, yang akan menggalak kerjasama teknikal lebih erat dalam bidang seperti kepimpinan dan pendidikan. 

Sementara itu, Dr Ruto menyifatkan pertemuan dengan Encik Lee sebagai sesuatu yang membuahkan hasil dengan perbincangan meluaskan kerjasama strategik dalam pasaran global yang dinamik dan berdaya saing. 

Antara isu dibincangkan, katanya, adalah pembiayaan hijau dan potensi Pusat Kewangan Antarabangsa Nairobi – yang mana pengalaman Singapura yang berjaya dan amalan terbaik, menjadi aset dalam usaha itu. 

Kata Dr Ruto, kededua pemimpin itu akan mengadakan pertemuan tahunan peringkat tinggi untuk kerjasama dalam bidang perkhidmatan kewangan dan ICT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >