Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

S'pura kerah kapal penyelamat, sertai misi bersama mencari kapal selam Indonesia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura kerah kapal penyelamat, sertai misi bersama mencari kapal selam Indonesia

Apr 22, 2021 | 04:17 PM

KAPAL penyelamat Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), MV Swift Rescue, telah dikerahkan pada petang Rabu (21 April) bagi menyertai misi pencarian kapal selam Indonesia yang hilang.

Dalam satu lampiran pos di Facebook pada Khamis (22 April), Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata kapal itu telah dikerahkan secepatnya selepas ketua RSN menerima permintaan bantuan daripada rakan sejawatnya di Indonesia.

Satu pasukan perubatan juga ditugaskan seandainya jagaan hiperbarik (rawatan yang memerlukan tekanan sekeliling lebih besar daripada tekanan udara lautan) diperlukan, tambahnya.

Seorang jurucakap tentera Indonesia dilaporkan memberitahu media bahawa MV Swift Rescue dijadualkan tiba di kawasan mencari kapal selam itu pada 24 April.

Kapal selam buatan Jerman KRI Nanggala-402 sedang mengendalikan latihan torpedo pada Rabu di perairan utara pulau Bali sebelum ia hilang. Usaha mencari diteruskan sejauh 96 kilometer dari Bali bagi kapal selam dengan 53 kru kapal.

Dalam laporan awal, Kementerian Pertahanan Indonesia berkata tumpahan minyak dikesan berhampiran lokasi menyelam dalam misi mencari yang dikendalikan dari udara.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3