S'pura kerja rapat dengan enam negara pastikan bekalan barangan penting
Mar 26, 2020 | 05:30 AM
SINGAPURA akan bekerja rapat dengan enam negara lain untuk mengenal pasti dan menangani isu gangguan perdagangan ekoran wabak koronavirus Covid-19, yang boleh menjejas aliran barangan penting.
Dalam satu kenyataan bersama peringkat menteri yang dikeluarkan semalam, negara-negara itu - termasuk Australia, Canada, Chile, New Zealand, Myanmar dan Brunei - berkata mereka akan memastikan laluan perdagangan melalui darat, udara dan laut akan terus dibuka untuk aliran barangan dan bekalan penting.